Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Bila dah nak dekat puasa, mulalah mencari resepi lagi-lagi resepi yang melibatkan air. Betul tak?
Pelik! Bila puasa je, mesti tercari-cari koleksi resepi air yang sedap. Tapi, kalau tak bulan puasa takde pulak beria nak buat macam-macam jenis air. Pendek kata, seperti orang mengidam. Kan? Hahaha...
Baca Juga : Resepi wantan ayam goreng beserta kicap sedap
Tadi masa scroll Facebook, ternampak resepi air cincau dengan tajuknya... Resepi air cincau laici ketagih.
Pergh! Nampak gambar, ternyata kaw betul airnya. Menggoda sunggup. Sedap! Terbayang akan kelazatannya bila air tersebut diletakkan batu ais. Allahu Akhbar! Nikmat apa lagi yang nak didustakan... Kan?
Terliur punya pasal, kita salin resepinya di sini. Nanti, bila-bila masa nak buat... Dah tak payah dah nak search satu per satu resepinya.
Bukak blog sendiri. Terus dapat resepinya. Betul tak?
Apa yang penting, kena kredit pada owner resepinya yeah!
Air Cincau Letak Laici Dan Selasih
Ok! Untuk membuatnya, terlebih dahulu kenalah tahu apa bahan-bahan yang diperlukan. Antaranya...
1 liter susu full cream
1 tin Krimer Sejat Cair
1 tin Krimer Manis Pekat
2 block cincau (diparut)
2 tin laici
Biji selasih secukupnya
Sedikit garam
Ais secukupnya
Cara penyediaannya pula...
- Mula-mula cincau diparut terlebih dahulu
- Kemudian, Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
- Masukkan ais. Kacau dan hidangkan...
Mudah kan. Selamat mencuba. Nak cari bahan dulu, nanti Fiza nak try buat.
Okeh!
Kredit gambar / Mia Zareef Afiq
10 Comments
Betul, time puasa je duk terbayang bayang macam macam jenis air sebab dahaga kan hahaha, btw menggoda sungguh cincau laici tu. Next time boleh try, tak payah tunggu puasa :D
ReplyDeleteKan... Bila dah petang masuk waktu berbuka tu sampai dua tiga jenis air. 🤣😂🤭
DeleteAssalamualaikum. Uiiiiiiihhhhh, ss mai jenguk sini, gulp! sedapnya air cincau tu laici tu..... memang terbayang rasa manis dan sejuk2 lalu kt tekak ni.... adoiiii.. menggoda betul la air cincau laici ni. bahan2 pun senang cari. boleh laa buat nanti. tak yah tunggu puasa, siap terus satgi! hehehehe tq share resepi.
ReplyDeleteKan... Terus rasa nak buat. Hehe...
DeleteBest kalau minum masa cuaca panas ni.
ReplyDeleteBetul tu Jannah. Bubuh ais banyak². Kan?
Deletetu dia memang ketagih kalau minum time puasa
ReplyDeleteHahaha... Lagi-lagi bila letak laici Dan cincau. Buat air Bandung cincau laici pun sedap.
DeleteWahhhhh, sedapnya..selalu buat sirap selasih kan..cincau selasih sedap jugak ni :)
ReplyDeleteatie klu tgk putih begini mmg tak akan cuba sbb tkot rasa susu huhu
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.