Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Episod 15 Aku yang kau gelar isteri | Semalam punya episod, Izlan teruk kena rasuk. Namun berjaya disembuhkan oleh ayah Maryam yang merupakan seorang ustaz.
Izlan mendesak Pian untuk menceraikan Rai. Rupanya perkahwinan Pian dan Rai adalah rancangan mak Izlan sendiri. Akhirnya Mak Lang mengaku.
Semalam hujan lebat, so Fiza layan dramanya melalui Aplikasi iQIY je |
Di sisi lain, Rai pulak kena rasuk dan akhirnya telah membunuh Si Pian. Laila juga mati akibat menggugurkan anak di dalam kandungannya.
Rose juga turut menyesal atas segala kesalahannya terhadap Naim. Episod 15 berakhir dengan kisah Si Embun menggali kubur Laila semula demi untuk membalas dendam.
Dia menghidupkan kembali Laila dengan ilmu sihirnya. Laila datang ke rumah Izlan sambil membawa seorang bayi di tangannya. Scene akhir tamat, dengan Laila menoleh sambil mengilai.
******************
Apa pandangan korang, best ke tak penyudahnya?
Penyudah yang simple! Tak best
Pada Fiza drama ni macam ada siri ke-2, sebab dendam Si Embun tak habis lagi. Tak kan just hidupkan kembali Laila. Then, Laila datang ke rumah Izlan setakat nak mengilai di depan tangga je... Kan? Then, tak adil orang yang paling jahat iaitu Cik Embun masih hidup gitu je dengan ilmu sihir dia. Takde apa-apa.
Walaubagaimana pun, tak mustahil juga penyudahnya sebegitu right. Bak kata Budak Ijat.
Drama aku, suka hati akulah nak tamatkan ceritanya macam mana. Kan!
Haha... Tang tu tak bolehla nak kata apa. Terima jela pengakhiranya sebegitu. Betul tak?
Baca Juga : Sinopsis aku yang kau gelar isteri
Apa-apa pun, sebenarnya ada jugak sedikit sebanyak pengajaran yang dapat kita pelajari dalam drama ni. Pertama sekali berkenaan ilmu sihir. Kena ingat. Sehebat mana pun ilmu kita, tak kan dapat menandingi kuasa Allah.
Jangan sesekali guna ilmu sihir dalam kehidupan kita. Keburukannya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Tengok jelah pengakhiran hidup Laila macam mana. Izlan melepas, diri sendiri pulak mati dek kerana ilmu hitam.
Kemudian, sebagai mertua. Tidak seharusnya masuk campur dalam urusan rumahtangga anak-anak. Ini jelas terlihat dengan watak Mak Lang, iaitu ibu kepada Izlan. Tak habis-habis cari pasal dengan Si Rai sehingga sanggup merancang perkahwinan Rai dengan Pian, sedangkan dia tahu Si Rai tersangatlah cintakan Si Izlan.
Last sekali, bila kita berbuat jahat dengan orang. Tak mustahil benda sama menimpa kita. Kena ingat...
Pepatah melayu berkata "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat".
Sekiranya kita berbuat jahat dan dibalas dengan kejahatan, itu namanya PEMBALASAN dan ini terbukti dengan apa yang berlaku ke atas Izlan. Suatu ketika dulu, dia pernah menghina dan melakukan benda tak baik ke atas Laila. Penyudahnya, Laila hadir kembali dengan dendam ke atas Izlan. Begitulah antara pengajaran yang dapat Fiza simpulkan terhadap drama ni.
That it's.
Macam tak best je penyudahnya kan? Apa pendapat korang?
#samarindatv3
#akuyangkaugelaristeri
1 Comments
atie skipped baca ya sbb tanak spoiler
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.