Drama Suamiku Lelaki Pendosa bakal bersiaran di TV3. Drama ini merupakan drama baharu adaptasi dari sebuah novel berjudul 'Imamku Lelaki Pendosa' karya Umie Nadzimah. Ia bakal menampilkan gandingan Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah sebagai pelakon utama.
Drama arahan Eyra Rahman, terbitan Global Station Sdn Bhd ini juga akan bersiaran selama 28 episod. Berikut adalah ringkasan maklumat mengenai drama ini.
JUDUL : LELAKI PENDOSA
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 9 Februari 2022
WAKTU SIARAN : 10 malam, Khamis hingga Sabtu
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina, Ctna Marzuki
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Ungku Hariz, Kael, Annie Mosha, Faez Malek, Fiza Thomas, Ieda Moin, Betty Banafee dan Auni Zahra.
WATAK PELAKON DALAM LELAKI PENDOSA
Aaron Aziz sebagai Dean Ilyas
Sophia AlBarakbah sebagai Cahaya Malaika
Shima Anuar sebagai Anggun Dania
Gambit Saifullah sebagai Izfairin
Fauzi Nawawi sebagai Firdaus
Maria Farida sebagai Datin Junaidah
Aleza Shadan sebagai Wahidah
Edika Yusof sebagai Dato Seri Afnan
Hafeez Mikail sebagai Hael Idris
Faez Malek sebagai Jerry
Fiza Thomas sebagai Maya
Kael sebagai Nik Safri
Annie Mosha sebagai Balqis
SINOPSIS LELAKI PENDOSA
Lelaki pendosa mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Dean IIyas. Dean Ilyas merupakan seorang lelaki yang kelihatan sempurna, namun cenderung kepada homoseksual sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan isterinya Cahaya Malaika.
Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!
Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?
Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.
Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.
Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan berkongsi kasih dengan insan yang tak sepatutnya.
Tapi bagaimana dengan Dean? Apakah syarat Cahaya Malaika? Mampukah dia memenuhi permintaan dan syarat-syarat Cahaya? Sedangkan Cahaya telah berkorban seluruh jiwa raga demi mendampingi dan menyokong dirinya yang sering tersasar itu.
Mampukah kedua-duanya menggapai bahagia yang sebenar pada akhirnya?
**********************
Macam best, kan? Lagi-lagi pelakon utamanya adalah Aaron Aziz. Jalan ceritanya pula berkaitan dengan isu semasa sekarang, iaitu hubungan sejenis. Memang hebatla, Aaron Aziz berani bawa watak berat sebagai seorang homeseksual. Pasti panassss! Kan?
Daripada tinjauan yang dibuat di laman goodreads, rata-rata para pembaca novel Imamku Lelaki Pendosa memberi rating yang tinggi. Itu bermakna, mereka sukakan jalan cerita yang diketengahkan oleh penulis.
Bagaimana pula bila dah diadaptasikan ke dalam drama. Adakah Aaron Aziz dan Sophia AlBarakbah punyai keserasian untuk membawa watak hero dan heroin dalam drama ni? Sama-sama kita tunggu masa tayangannya nanti.
#SamarindaTV3
#SuamikuLelakiPendosa
Sumber : IG @aarondwiaziz | Goodreads
8 Comments
Tak pernah baca lagi novelnya tapi sinopsis macam best.
ReplyDeleteSamalah kita Jannah. Akak pun belum baca novel ni. Ada jugak survey harga novelnya. Tak silap RM20++ jugak harganya.
Deleteouchh... hahaha ok bole layan... ke dah start eh kat tv3?
ReplyDeleteTak start lagi Kak Ret. Entah-entah drama ni ditayangkan selepas drama sabarlah duhai hati. Lama lagi kot. Sekitar bulan 6,7, 8 gitu kot.
Deletethis is another level ! sukaa klu jalan cerita mencabar mcm ni
ReplyDeleteKan....
DeleteNak tengok macam mana jalan ceritanya di oleh. Dulu drama Nur yang di lorong gelap boleh jadi trending. Tak mustahil drama ni pun boleh jadi trending. Lagi² ada Aaron Aziz. Hehe...
Novel gay kalau tak silap saya hahaha, lama tak tengok aaron berlakon.
ReplyDeleteTula... Last akak tengok drama dia berlakon dalam drama Tuan anas mikail.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.