Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Harini dah masuk hari ke-6 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Masih belum terlambat lagi kan untuk Fiza ucapkan selamat berpuasa buat semua. Semoga ibadah puasa kali ni lebih baik dari sebelumnya, walaupun kita masih lagi berada dalam pandemik Convid-19.

Juadah Hari Ke-5 Berbuka Puasa

Alhamdulillah, setakat hari ke-5 Ramadan... Fiza dan family masih lagi memilih untuk memasak sendiri juadah berbuka dan elak diri daripada membeli di bazar ramadan. Juadah pun masak yang simple je, yang penting... Ada nasi, sayur, buah dan sedikit kuih... Jadilah. So far, takde lagi pembaziran. 

Bercakap pasal juadah, semalam masa encik suami ke kedai. Fiza adalah berpesan... Kalaulah terjumpa... Minuman susu kotak Dutch Lady berperisa pisang, mintak dia tolong belikan. Ramai frendlist FB kata sedap. Tu yang membuatkan Fiza teringin nak mencuba. Tu pun kalaulah ada. Yelah! Benda viral, kekadang susah nak dapat. 

Produk terbaru Dutch Lady

Pendapat Peribadi Tentang Minuman Kotak Susu Dutch Lady Berperisa Pisang

Alhamdulillah, rezeki Fiza. Dapatlah semalam merasa walaupun jumpa yang kotak kecik 6 pack 200ml je. Dari segi packaging, so far so good. Honestly, tak pernah lagi tak menarik. Dari segi rasa, jugak tak mengecewakan. Alhamdulillah, menepati citarasa. Serious! Sedap. Memang terasalah rasa pisangnya. Pada Fiza, kesedapannya akan teserlah bila mana ia disejukkan. Kalau tak sejuk, rasanya boleh membuatkan kita berasa muak. Kemudian, rasanya lagi sedap daripada Dutch Lady perisa kurma. Tapi, itu berdasarkan citarasa Fizalah ye. Lain orang lain citarasa. Betul tak?

Walaubagaimana pun, anak-anak Fiza dan encik suami pun kata sedap. So, tak salahla penilaian yang Fiza buat. Ekekeke...

That it's, pendapat Fiza tentang minuman kotak Dutch Lady berperisa pisang. Korang dah rasa belum?

#reviews
#dutchladyperisapisang