Assalamualaikum.
Selamat petang.

Dua kali dalam seminggu, Fiza akan ke rumah mak. Bila dah sampai di laman rumah mak, confirm akan singgah di kawasan bunganya. Semalam sempat ambik gambar pokok Caladium Pink Love. Tu nama saintifiknya. Kalau di kampung, semua jenis keladi orang panggil keladi. So, kiranya ni  keladi love pink la namanya. 

Keladi hiasan

Rupa Bentuk Keladi Love Pink

Fiza rasa nama keladi ni datang dari bentuknya. Actually, Keladi Pink Love ni berbentuk love dengan kombinasi pink di tengah-tengah dan hijau di bahagian tepi. Cantik sangat! Indahnya ciptaan Tuhan. Kan?

Harga Keladi Pink Love Di Pasaran

Bila Fiza survey harga bunga keladi Pink Love ni di Shopee, ternyata boleh tahan jugak yer harganya, iaitu dalam range RM20 ke RM35. tu tak termasuk postage lagi tau. Walaubagaimana pun, kalau dah minat. Mahal-mahal pun harganya, tetap jugak akan ada pembeli. Betul tak? Lagi-lagi musim pendemik Convid-19 ni. Ramai yang berjinak-jinak menanam bunga untuk dijual. Contohnya, di kampung Fiza sekarang ni pun. Mak kata ramai betul dah yang menanam bunga, siap jual pulak tu. 

Cara Merawat/Membiak Pokok Keladi Pink Love

Nak menanam pokok keladi takdelah susah mana, kebiasaannya mak akan ambik anak pokok keladi beserta umbi dan akarnya sekali. Then, diletakkan ke dalam pasu yang berasingan. Tapi, ada jugak yang menanam keladi ni di atas tanah terus. Cumanya, tak cantiklah... Sebab ia akan tumbuh merata.

Okeh!

Selepas sehari dipindahkan, barulah boleh start lakukan penyiraman dua kali sehari bergantung kepada cuaca.

Kemudian, keladi pink love ni jugak sesuai untuk dijadikan sebagai pokok hiasan dalaman rumah. Cumanya kenalah berhati-hati. Kita tak tahu samaada getah keladi jenis ni bahaya ke tidak. Bagi yang ada anak kecik dan berniat nak tanam keladi, mak selalu pesan... Letakkan pasu di tempat yang anak tak boleh capai. 

Love sangat dengan keladi ni. Comel. Hehe... Payah kalau dah minat. 🤭

#keladihiasan
#caladiumlovepink
#keladipinklove