Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Pokok Hiasan Tiruan Premium Fiddle Fig | Walaupun dah setahun tinggal di rumah sendiri... Tapi, masih banyak lagi barang yang perlu dibeli. Al-maklumlah, suami sorang je yang bekerja. So, kenalah berjimat. 🤭
Walaubagaimana pun, setiap bulan Fiza cuba untuk belikan apa yang patut. Sekarang ni, Fiza tengah kumpulkan pokok hiasan tiruan. Alhamdulillah, skybird premium dah pun Fiza beli. Kemudian, last weeks Fiza beli pulak pokok fiddle fig tiruan. Kalau dalam bahasa Melayunya, pokok fiddle fig ni disebut sebagai pokok ketapang. Tersuka pulak tengok masa scroll group suka deko-deko di Facebook. Kebetulan, ada duit lebih.
Baca Juga : Kisah Membeli Pokok Tiruan Skybird Di Shopee
Di Mana Nak Beli Pokok Fiddle Fig Tiruan Di Shopee Dengan Caj Postage Yang Murah Ke Sarawak
So, tak nak fikir panjang... Fiza terus beli di kedai Pisbweeding Shopee. Dah survey dah sebelum membeli. Harga lebih kurang sama, cuma yang membezakannya caj postage je. Ye! Ada tu dorang caj pos ke Sarawak sampai RM70++. Tapi, faktor jarak tempat yang membuatkannya mahal okeh!. Jangan salah anggap pulak ye. If nak postage murah, beli area Johor. Hehe...
Kenapa pilih Pisbweeding?
Dah dua kali dah shopping di kedai Pisbweeding. Alhamdulillah, sangat puas hati... Sebab...
- Pertama, harga items dan postage murah. Kiranya puas hati la dengan harga yang diberikan.
- Pengeposan items pun cepat. Dalam masa seminggu dah boleh dapat barang.
- Kemudian, pembungkusan barang pun kemas. So, barang yang diterima pun takde yang patah ataupun rosak.
- Item sangat berkualiti. Seriously, sangat berbaloi.
Cantik sangat! Cumanya Fiza takde idea lagi nak guna pasu apa yang sesuai untuk pokok fiddle fig ni. Actually, Fiza beli pokok yang tingginya 90cm dan mempunyai daun sebanyak 34 helai... Dengan harga RM94.48 dengan tambahan postage sebanyak RM38. Agak-agak pasu jenis apa ek yang sesuai. Ada jugak yang share guna pasu rotan. Macam cantik. Lepas tu, nampak pulak pasu kaki segi tiga Nordic... Pun cantik jugak. Adoiii! Rambang matalah pulak.
Sudahnya, dah seminggu pokok fiddle fig tu tersadai di tepi dinding takde pasu. Huhu...
Any idea tak?
#pokokhiasantiruan
#pokokfiddlefig
#pokokketapang
10 Comments
dah lama nak cari pokok2 macam ni tapi masih belum beli lagi. kang beli kena tarik dengan Naura pula. yg buat sendiri guna daun eco tu pun habis die buat tarik2.
ReplyDeleteAnak Fiza pun suka main tarik-tarik. Tapi bila dah lama-lama pandai pulak dia tak kisah dengan hiasan semua tu. 🙂🤭
Deletewow. cantik tuu. taksabar nkpindah rumah sendiri hehe
ReplyDeleteKan. Bila dah ada rumah sendiri, rasa tak sabar dia tu lain macaem. Hehe...
DeleteKmk engkah pasu ori ya dlm bakul rotan jak.. senang.. hehehe.. beli di kaison mun ada ke kch.. hihi
ReplyDeleteAok. Ya ditangga kamek, tang kacak Jak diengkah dalam bakul rotan.
DeleteLamak haihhh sik ke Kuching. 😔
Cantikkkk! Tak rumit kann kalau jaga pokok tiruan ni kak fiza hehehe?
ReplyDeleteYup! Tak perlu nak siram bagai. 🙂🤭
Deletewah cantik-cantik la bunga ini semua.
ReplyDeleteYup! Pokok dia macam ori. Cantik sangat. Sesuai diletakkan di sudut ruang tamu atau tv. 🙂
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.