Drama Love Elsa Full Episod 1-24 | Drama terbaru di slot Megadrama Astro Ria yang bakal bersiaran pada 15 Jun 2021 bagi menggantikan drama Rindu Awak Separuh Nyawa.
Artikel Berkaitan : Sinopsis Rindu Awak Separuh Nyawa
Drama bersiri 24 episod ini merupakan drama adaptasi novel 'Love, Elsa' karya Acik Lana, di bawah terbitan Juita Viden dan diarahkan oleh Michael Ang.
Menampilkan gandingan pelakon utama Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Berikut info ringkas mengenainya :-
JUDUL : LOVE, ELSA
EPISOD : 24
TARIKH TAYANGAN : 15 Jun 2021
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Mamu Vies
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari, Nik Adam Mika, Ku Fridah dan Zalfazin
Sumber Dari IG Bambamstudios |
WATAK PELAKON DALAM LOVE ELSA
Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
Uyaina Arshad sebagai Ammara
Zeera Azizi sebagai Sofea
Mona Allen sebagai Madam Qistina
Nasz Sally sebagai Habsah
Iman Suhana sebagai Hamidah
SINOPSIS PENUH LOVE ELSA
Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.
Kemunculan Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.
SINOPSIS NOVEL LOVE ELSA
Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total.
Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia?
Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!
Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.
Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya.
Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?
Reviews Pembaca Novel Love Elsa
Berdasarkan reviews yang para pembaca novel tersebut buat, rata-rata daripada mereka memberi rate 4 ke 5 / 5. Kisahnya dikatakan menarik dan lebih kurang seperti drama Sweet dreams. Kelainannya dikatakan...
Jika Sweetdreams menceritakan tentang kelebihan Qash melihat kejadian akan datang melalui mimpi, My Juna thru hearing (masih dalam simpanan belum baca lagi), kisah ni pula tentang sense of touch. Kelebihan Ammara melihat masa lampau seseorang bila mereka bersentuhan. Dan kerana kelebihan begini, mereka semua share satu rasa yang sama. Sumber | Goodreads
Sejauh mana menariknya jalan cerita novel ni, kenalah tunggu masa tayangan drama adaptasinya bermula 1 Jun 2021 nanti yeah!
Selamat menonton. Have a nice day. 🙂
#MegadramaAstroRia
#LoveElsa
3 Comments
Menarik sinopsisnya. Tak pernah baca lagi novel Love Elsa ni.
ReplyDeleteMenarik kan.
DeleteSamalah kita Jannah. Tak berkesempatan lagi nak baca novelnya.
Mantap
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.