Ibu Belum Mati | Sebuah telefilem baru yang bakal disiarkan di Slot Citra Exclusive Astro Citra pada 8 Mei 2021. Sabtu ini, pada jam 9:00 malam.
Telefilem 'ibu belum mati' diarahkan oleh Rashidi Ishak dan dilakonkan oleh Kamarul Eqfa, Ramona Zam Zam, Ben Amir, Mubarak Majid dan ramai lagi. Berikut ringkasan info mengenainya.
Telefilem : Ibu belum mati
Waktu Tayangan : 8 Mei 2021 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra
Pengarah : Rashidi Ishak
Produksi : KL Motion Pictures
SINOPSIS IBU BELUM MATI
Daripada promo yang ditayangkan di tv, Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki berumur 9 tahun yang bernama Saiful.Ibunya telah meninggal dunia tetapi tidak dikuburkan, sebaliknya mayat ibunya telah disimpan di dalam rumah. Apakah yang menyebabkan kematian ibunya? Kenapa dia perlu menyimpan mayat ibunya?
Rahsia itu yang Saiful simpan. Bagaimana rahsia tersebut dapat dirungkaikan, kenalah tunggu masa tayangannya nanti... weekend ni yeah! 🤭
Macam seram... Je drama ni. Kan?
#TelefilemAstroCitra
#IbuBelumMati
#CitraExclusive
Latest update 7 Mei 2021
Dah tengok dah tayangan perdananya pagi tadi. Sebenarnya, ibu Saiful ibu tunggal dan bekerja sebagai pembersih jalanan. Suatu hari, ketika balik dari kerja, dia telah dilanggar lari oleh sebuah kereta.
Namun, dia masih lagi hidup dan mampu balik sendiri ke rumah. Di rumah, badan dia mulai sakit. Saiful ajak ke klinik, lansung tidak dipedulikannya. Sehari selepas tu, semasa Saiful suapkan nasi, ibunya mulai batuk yang tidak berhenti-henti sampaikan dia jatuh tak bernyawa. Saiful terkejut, Saiful tak tahu nak buat apa... Akhirnya, Saiful ambik keputusan untuk meletakkan mayat ibunya ke dalam peti sejuk. Kisahnya tamat di situ. Apakah kesudahannya, kenalah tunggu masa tayangannya malam esok.
7 Comments
Lepas baca sinopis, rasa macam cerita ni cerita seram. Nampak menarik jalan ceritanya.
ReplyDeleteTengok promo di tv pun Jannah macam best je. Nak tahu jugak punca kematian ibu dia. Then, kenapa dia nak kena simpan mayat ibunya.
Deleteuish cam seram je
ReplyDeleteFiza dah tengok Telefilem ni. Takdelah seram mana. Cuma kita akan terasa sedih melihatkan keadaan anak yang tak boleh terima kematian ibunya sehinggalah dia lebih rela mayat ibunya di simpan di dalam peti sejuk. 😭
DeleteMenarik. Naniey belum tengok lagi.
ReplyDeleteSelamat hari raya.. :)
Not bad la jalan ceritanya. Biasa² je. Hehe.
DeleteSelamat Hari raya jugak Naniey. ☺️
cerita toklah ria nk ditangga kmk tp salah bukak chanel.. alu cerita lain ditangga.. kmk pk di tv3 duhal astro
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.