Selamat Petang.
Biodata Pelakon Yang Membawa Watak Qistina Dalam Rindu Awak Separuh Nyawa 2021 | Blog post kali ni, Fiza nak share sesuatu tentang drama trending #RinduAwakSeparuhNyawa berkaitan dengan pelakonnya. Mungkin ada yang dah kenal, ada yang belum. Kan? Sebenarnya Fiza pun tak pernah tahu pun mengenai artist ni, tapi bila menonton drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Fiza jadi ingin tahu pulak tentang dia... Apabila dia membawa watak sebagai Qistina atau Lebar yang mana merupakan sahabat baik kepada Sarah.
Dalam drama tersebut, dia begitu menjiwai watak sehinggakan Fiza rasa macam dia bukan sedang berlakon tetapi menampilkan keperibadian diri dia yang sebenarnya. Seriously, kalau takde watak dia dengan Izzudin a.k.a Kucai... Memang Fiza tak layan kot drama RASN tu. Tahniah! Buat Qis. Dia sangat berbakat. Tapi, siapa dia sebenarnya? Macam mana boleh terlibat dalam dunia artist? Jom kita tengok serba sedikit maklumat mengenai latar belakang dia.
Sumber dari Facebook |
LATAR BELAKANG / PROFIL PELAKON YANG MEMBAWA WATAK QISTINA DALAM RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
- Pemilik Nama Penuh, Norreen Iman Abdullah.
- Menggunakan nama komersil Norreen.
- Berumur 27 tahun.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Merupakan seorang pelakon, pengacara, intafamous dan pencipta konten di laman sosial.
- Antara drama dan telefilem yang pernah dilakonkannya ialah Pelindung seorang puteri, Yang bakal mati ramadhan ini, Delen dan Rindu Awak Separuh Nyawa.
- Akaun Istagramnya atas nama @norreen143 sehingga kini mempunyai lebih 670,000 pengikut.
FAKTA MENARIK TENTANG NORREEN IMAN ABDULLAH
- Berkahwin pada usia 20 tahun. Hasil perkongsian hidup dengan suami, Norreen telah dikurniakan dua orang anak.
- Mula popular dengan instafamous.
- Ibunya, Nor'aini Jaafar pernah menjadi viral apabila menamatkan pengajian diplomanya dalam bidang terapi pada usia 58 tahun. Pada ketika itu, semua kos pengajian ibunya ditanggung oleh Noreen Iman demi memenuhi cita-cita ibunya yang ingin menjadi ahli terapi.
Dalam drama Rindu Separuh Nyawa, Qistina merupakan kawan baik kepada Sarah. Walaupun apa jugak layanan Sarah kepada dia, Qis tetap setia di sisi Sarah. Sikap dia gila-gila ting tong memang sangat menjadi. Semoga Norreen Iman terus maju dalam kerjayanya. Tahniah! Orangnya sangat berbakat.
1 Comments
dh lama kamek sik melayan drama melayu, sik cukup masa
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.