Daftar Vaksinasi 2021 | Alhamdulillah, Fiza dah pun berjaya mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi pada 27 Mei 2021. Tapi masa tu sistem MySejahtera takde lagi assessment untuk ibu hamil dan menyusukan anak.
Walaubagaimana pun, sejak semalam lagi Fiza dah check status sebab dari minggu lepas lagi dapat info yang aplikasi akan di kemaskini untuk membolehkan ibu hamil dan menyusukan anak membuat pendaftaran vaksinasi.
Alhamdulillah, ternyata sistem telah pun dikemaskini.
Senang je! Sekiranya kita dah lama mendaftar, kita cuma perlu kemaskini status sahaja. Nanti akan keluar seperti gambar di bawah. Kemudian, klik pada update pregnancy/breastfeeding status.
Kemudian, akan keluar 2 soalan seperti berikut. Jawab mengikut status kita sekarang.
Dah! Selesai.
Semoga urusan Fiza untuk vaksinasi nanti dipermudahkan hendaknya. Aamiin...
Cuma tu la risau, Nur Dhia direct feeding. Rasanya, nanti masa vaksinasi memang nak kena angkut sekali, tunggu dalam kereta dan mintak suami tolong jagakan. Bagi makan menyusu siap-siap. Huhu... Sejenis anak yang tak boleh nak berenggang.
Dengar cerita, Sarawak dijangka tamat program vaksinasi pada bulan Ogos. Harap-harap begitulah ye. Jangan nanti, ada yang dah daftar tapi tak datang pulak. Kan?
Pengalaman Menerima Vaksin Sinovac
Encik suami pulak dah selesai untuk dos pertama vaksinasi. In Shaa Allah, akan ambil dos kedua pada 17 Jun 2021 nanti. Dia dapat vaksin Sinovac.
Alhamdulillah, dia lansung takde mengalami sebarang kesan sampingan. Sebelum datang untuk vaksinasi, adik dah pesan siap-siap. Banyak minum air kosong dan banyakkan rehat.
Korang pulak, dah daftar tak?
#Covid19
#Vaksinasi
#Sinovac
9 Comments
Alhamdulillah... semoga dipermudahkan mem
ReplyDeleteThanks mem. Semoga urusan kita sama² dipermudahkan. Aamiin...
DeleteWak pun dah daftar
ReplyDeleteTengah tunggu giliran
Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar Dan dipermudahkan wak. Aamiin...
DeleteKena selalu check kan kak fiza, sebab dia macam update sikit sikit assessment tu huhuhu
ReplyDeleteTu la... Kena juga check selalu. Kalau jarang check takut pulak terlepas tarikh. Tapi, kalau kat tempat akak... Masa suami akak dapat vaksin haritu, dorang call beritahu tarikh temujanji terlebih dahulu.
DeleteLepas dapat dos pertama, dorang bagi tarikh siap-siap untuk dos kedua.
alhamdulilah, kamek alu sikda kabar berita tok, hari2 ngecek alu blm ada juak
ReplyDeleteYalah mem, kedak adik kamek juak. Belum gik dapat tarikh. Harap-harap dapat awal lah owh.
Deleteharitu x sempat daftar..semua da xde kosong. sedih betul. kene tggu batch akn datang
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.