Dalam episod 46 Rindu Awak Separuh Nyawa, Naz balik ke rumah Sewa dia dan Sarah. Betul la jangkaan Fiza, memang dia la yang beli rumah tersebut. Masa dia masuk rumah tu, tiba-tiba dia terdengar suara Sarah dalam kesakitan. Sarah demam, kakinya kejang. Naz bergegas ambikkan tuala basah dan urut kaki Sarah.
Naz amat kesal akan apa yang telah dia lakukan terhadap Sarah. Dia cuba untuk tebuskan kesalahannya dengan tinggal bersama Sarah walaupun Sarah terima dia sebab anak. Dia cuba ambik hati Sarah walaupun hanya ada dua hari lagi sebelum mereka bercerai. Dia masakkan spaggeti untuk Sarah. Apalagi Sarah, walaupun hati sakit... Spaggeti habis jugak dia makan.
Di sisi lain, Nurul Huda kesal akan apa yang telah dia lakukan terhadap Sarah. Dia berterus terang dengan Ummi. Namun Ummi terima dengan tenang. Point paling penting yang Ummi pesan. Fitnah! Perkara bukan main-main. Apa yang kita dengar, belum tentu sama dengan apa yang dikatakan. Huda mintak Ummi pujuk Sarah supaya jangan kawin dengan Aidil. Tapi, Ummi menolak. Biarlah Naz selesaikan sendiri. Biarlah Naz belajar bertanggungjawab ke atas apa yang dah dia lakukan. Lagipun Aidil baik orangnya, dia mampu jaga Sarah.
Sumber Dari IG sitirosmizahsemail |
Kemudian, timbul pula kisah Sarah bangun dari tidur. Pagi-pagi lagi Naz dah sediakan nasi lemak, ayam berempah buat Sarah. Sarah tak peduli pun. Malah, dia bergegas bangun dan mandi. Naz dah sediakan air panas. Tapi Sarah tak nak mandi air panas. Dia dah boleh mandi air sejuk.
Lepas siap mandi, di ruang tamu Naz hulurkan baju baby dan baju mengandung buat Sarah. Naz juga mintak Sarah buatkan dia rendang. Itu pun kalau Sarah nak. Tapi Sarah tak layan, malah dia cakap dia tak larat pada Naz. Naz akur, sebelum keluar rumah Naz hulurkan tangan untuk bersalam dengan Sarah. Tapi, Sarah lansung tak sambut salaman Naz. Naz keluar ada benda yang nak dia uruskan.
Kemudian, tiba-tiba Sarah teringat akan kata-kata ummi di mana Naz makan sisa rendang dalam bekas Pak Mat pulangkan. Disebabkan itu, Sarah bergegas ke dapur untuk masakkan rendang untuk Naz. Tapi sampai waktu Asar pun Naz tak balik lagi.
Sekali lagi, Sarah menangis. Sarah teringat masa dia pertama kali buatkan Naz rendang. Naz pergi tinggalkan dia. Episod 46 berakhir di situ. Nak tahu Naz balik ke tak, kenalah tunggu episod 47 malam ni.
Jika korang nak menonton secara online. Pastikan korang dah muatturun aplikasi Telegram, kemudian copy link di bawah yeah! Untuk menonton episod 46 #RASN.
https://t.me/rinduawakkk
Nota Kaki : Dalam episod ni, kesian jugak tengok Naz. Dia sanggup rendahkan egonya untuk menambat semula hati isteri tercinta. Kan? Moga-moga dia berjaya memulihkan hubungan dia dengan Sarah. Tapi dalam novel memang happy ending pun. Tak taula kot-kot pengarah nak buat plot twist. Kan? Hahaha....
#RinduAwakSeparuhNyawa
5 Comments
Aidil kahwin dengan siapa ya
ReplyDeleteTakde plot twist pun dalam drama ni. Aidil kawin dengan rakan sekerjanya. ☺️
ReplyDeleteKat episode mana yg mention aidil kawen dengan rakan sekerja? Ada x watak isteri aidil d tunjuk dlm drama tu? Curious nak tau siapa wife aidil. Hehe
DeletePada episod 47 Dan tak tunjuk pun siapa isteri dia. Just mention gitu je. ☺️
Deletedah habis dh ... best cita ni
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.