Nostalgia Permainan Tetris Zaman Dulu | Bila Fiza tengok anak Fiza bermain permainan video Tetris secara online di Plays.org, tetiba Fiza teringat zaman Fiza kanak-kanak dulu. Berebut dengan adik beradik yang lain tau, semata-mata untuk bermain permainan Tetris. Dahulunya, permainan Tetris dijual sebagai sebuah konsol yang berharga antara RM5 hingga RM10.

Tetris
Sumber Dari Shopee

Tahukah korang...

SEJARAH ASAL PERMAINAN TETRIS

Sebenarnya, Tetris pada asalnya direkabentuk dan diprogramkan oleh pereka permainan video Rusia, Alexey Pajitnov pada tahun 1984. Ketika itu, dia bekerja di Pusat Pengkomputeran Dorodnitsyn di Akademi Stains Kesatuan Soviet, Moscow.

Permainan Tetris dibangunkan dengan menggunakan komputer 60 yang mana pertama kali dikeluarkan dalam kepingan puzzle Tetris yang tidak mempunyai warna dan suara.

Tetris dibangun berdasarkan permainan komputer 'Pentominoes' yang sudah popular di kalangan kanak-kanak Rusia.

Namun, ia telah diubahsuai kerana Pentominoes melibatkan 12 karektor puzzle. Tetapi, ia dirasakan terlalu rumit dan hanya mengambil 7 daripada karaktor tersebut yang dikenali sebagai tetrominoes.

Kejayaan Tetris hasil daripada usaha Alexey Pajitnov telah menjadikan ia berjaya mengatasi permainan-permainan lain yang dibangunkan menggunakan teknologi hebat masa kini.

Ia telah menyebabkan Microsoft memasukkan Tetris ke dalam Microsoft Windows Entertainment Pack Basic Windows 3.0 pada tahun 1989.

Seterusnya, perubahan demi perubahan dibuat sehingga Tetris diiktiraf sebagai permainan video paling berjaya sepanjang zaman.

Jadi, tak hairanla sampai sekarang ia menjadi permainan video pilihan ramai termasuklah Fiza sendiri.

Tetris Zaman Sekarang

Sebelum ni, Pernahla jugak belikan konsol Tetris stail dulu-dulu untuk Kak Alia dan Ain. Tapi, mereka lebih suka Tetris zaman sekarang. Bewarna-warni dan lebih user friendly. Yelah! Zaman dah berubah kan. Permainan pun mestilah turut berubah jugak. Betul tak?

Fiza lebih suka bagi anak-anak bermain secara terus di atas talian tanpa perlu memuatturun permainan tersebut. Jadi, taklah sepanjang masa anak-anak akan bermain. Main pun ikut waktu yang telah Fiza tetapkan untuk mengisi waktu lapang mereka selain daripada melakukan aktiviti yang lain.

Beri Anak Bermain Online Games Di Plays.org

Dipendekkan cerita, laman yang menjadi pilihan kami untuk bermain Tetris di atas talian adalah laman Plays.org. Apa yang menariknya di laman ini, kita tak perlu pun nak muatturun permainan yang kita nak main. Sebaliknya boleh je terus main. Bermakna, tak perlu dah nak penuhkan storage handphone dengan permainan video yang kita sukai.

Online game

Malah, Terdapat beratus jenis permainan video yang terdapat di laman tersebut yang mana boleh dimain secara PERCUMA!. Memang rambangla mata nak pilih yang mana satu. Setiap pertambahan game baru akan disenaraikan di Plays.org. Jadi, tak perlu dah nak cari game baru yang lain. Semuanya tersedia di laman tersebut. Menarik kan?

Menariknya jugak, kalau kita teringin nak main permainan baru tapi tak tahu cara nak main. Jangan risau, sebab pada setiap permainan akan ditunjukkan cara untuk bermain. Jadi, bolehla main bermacam-macam jenis permainan. Kan?

Pendek kata, dah tak perlu dah nak cari laman lain untuk bermain permainan video online. Fiza pasti, anak-anak akan menyukainya.

Gelagat Alia Dan Ain Bermain Online Game Secara Percuma

Tengok jelah gelagat Alia dan Ain bila diberi peluang untuk bermain Tetris di Plays.org. kemain teruja mereka untuk menyusun block tersebut sampai tak sedar pun Fiza ambik gambar mereka. 

Free Online game

Online Game Percuma

Walaubagaimana pun, aktiviti bermain permainan video atas talian anak-anak juga kenalah dihadkan. Tambah-tambah lagi sekarang ni, negara kita Malaysia tengah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Jadi kenalah pelbagaikan aktiviti anak-anak di rumah sepanjang tempoh tersebut agar anak-anak tidak berasa bosan dan online 24 jam. Kan?

#FreeOnlineGames
#Tetris

Sumber Sejarah Tetris : Wiki