Assalamualaikum.
Selamat Malam.

Pendapat Peribadi Tentang Dutch Lady Juicy Milk Orange | Alhamdulillah di atas ruang dan peluang yang ada untuk Fiza terus kongsikan sesuatu yang bermanfaat. Rasanya, dah lama Fiza tak buat reviews tentang produk makanan mahupun minuman. Kan?

Sedap Tak Dutch Lady Juicy Milk Orange?

Jadi, blogpost malam ni Fiza nak kongsikan pengalaman sendiri merasai minuman kotak berjenama Dutch Lady Juicy Milk Orange. 

Okeh!

Reviews

Pertama sekali dari segi bungkusan. Memang tip top. Sangat menarik. Colorful. Serius! Boleh goda sesiapa sahaja untuk membeli dan merasai sendiri isi kandungannya.

Kemudian, dari segi harga pulak. Pada Fiza, berpatutan dengan saiz. Kalau tengok di Shopee, pack 200ml x 4 kotak... Harganya RM9.50 je. Kalau kat tempat lain, macam kat tempat Fiza... Ianya dijual dengan harga RM6.50. Masih lagi berpatutan kan. Betul tak?

Manakala untuk rasa, seriously... Tak mengecewakan. Rasanya seakan-akan yogurt. Rasa orennya sangat pekat dan sangat sedap untuk dinikmati apabila disejukkan.

Pada Fiza, lagi suka yang ni daripada perisa pisang sebab yang perisa pisang... Kalau tak sejuk, rasanya boleh membuatkan kita muak. Itu bagi Fiza lah ye. Lain orang lain citarasa. Kan?

Nanti nak try Dutch Lady Juicy Milk Strawberry pulak. Adakah sesedap perisa oren. Kan?

#Reviews
#DutchLadyJuicyMilkOrange
#SusuKotak