Aiskrim Onde-Onde Keluaran Nestle | Petang semalam, encik suami keluar membeli buku lukisan untuk Kak Alia. Balik dari kedai, bukan buku lukisan je dia beli. Aiskrim pun ada.
Kali ni, encik suami belikan aiskrim Onde-Onde. Ia merupakan produk terbaru dari Nestle. Biasalah encik suami. Dia tahu Fiza jugak suka share pandangan tentang produk makanan di blog. That why, dia beli. Hehe...
Baca Juga :
Untuk makluman, sebungkus aiskrim onde-onde dijual dengan harga RM2.50.
Agak terkejut jugaklah bila encik suami bagitau yang dia beli aiskrim Onde-Onde. Terus terbayang kuih Melaka ataupun sesetengah tempat panggil kuih Onde-Onde. Macam manalah rasanya. Adakah sebijik macam kuih Onde-Onde, ada kelapa parut diluar dan gula nisan yang diperbuat daripada nira kelapa di dalam. Kan?
Pendapat Peribadi Mengenai Aiskrim Onde-Onde Jenama Nestle
Pertama sekali untuk pembungkusan. So far, pada Fiza nestle punya packaging memang tak pernah tak menarik. Semuanya cantik dan mencuri perhatian termasuklah aiskrim Onde-Onde kali ni. Serius! Terliur pulak tengok gambar kuih Onde-Onde dekat bungkusan. Kan?
Bila unboxing...
Inilah rupanya... Takde kelapa parut diluar ye. Cuma isi diluarnya bewarna hijau berperisa pandan. Rasa pun ala-ala kuih Melaka. Lembut je. Sedap!
Kemudian untuk bahagian dalamnya, ada pulak kelapa parut kering yang dicampurkan dengan gula Melaka. Rasanya pun just nice je. Kiranya, beginilah rasanya bila kuih Onde-Onde ditranformasikan ke dalam bentuk aiskrim. Great Job!
Secara keseluruhan, Fiza bagi rate ⭐⭐⭐⭐/5. Kenapa tak 5 bintang? Sebab rasanya taklah sebijik macam Onde-Onde, tapi lebih kurang seperti Onde-Onde tu adalah. Walaubagaimana pun, rasanya tetap sedap dan tidak mengecewakan. In Shaa Allah...
Namun, itu hanyalah berdasarkan citarasa dan pandangan dari Fiza je. Lain orang lain citarasa. Kang ada pula yang kata Fiza menipu, padahal dia rasa tak sedap pun. Lebih baik remind awal-awal, nanti ada pulak tak pasal-pasal maki hamun Fiza kata tak sedap. Kan? Hehe...
Korang dah rasa tak aiskrim Onde-Onde ni?
#ProdukNestle
#AiskrimNestleTerbaru
#Aiskrim Onde-Onde
5 Comments
Ok boleh cuba nanti ni.. :)
ReplyDeleteTry la Naniey 🤭
DeleteTak dapat lagi beli aiskrim ni kak. Belum jumpa lagi. Harap harap ada rezeki merasa.
ReplyDeleteterliur pulak!
ReplyDeleteTak beli lagi aiskrim ni
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.