Assalamualaikum.
Selamat Petang.

Anak-anak Fiza, kalau dah lama tak makan aiskrim... Ada masa dorang akan mintak encik suami belikan aiskrim. Nak dijadikan cerita, kebetulan semalam encik suami keluar untuk belikan barang dapur... Dan disebabkan dah berjanji nak belikan dorang aiskrim. Apalagi, balik tu dapatlah aiskrim jenama nestle. Kali ni perisa lain pulak. Biasalah encik suami, dia tahu Fiza suka buat blogpost mengenai produk makanan. Jadinya, dia cuba dapatkan produk terbaru untuk di reviews. 

Hahahaha...

Aiskrim La Cremeria Almond Pecan Passion, Sedap Tak?

Kita stop pasal tu. Okeh!

Kali ni Fiza nak kongsikan pengalaman sendiri menikmati aiskrim La Cremeria Almond Pecan Passion keluaran Nestle. Sebelum ni, Fiza pernah la jugak merasa beberapa perisa lain La Cremeria ni. Antaranya adalah seperti La Cremeria Mint dan Indulgent Peanut. Adakah perisa kali ni lebih sedap daripada perisa yang sebelum ni?

Aiskrim jenama nestle terbaru

Untuk makluman, harga satu bekas aiskrim La Cremeria bersaiz 750ml adalah RM14. Tu harga di tempat Fiza ye. Tak silap, ada jugak tempat lain yang menjualnya dengan harga RM13.50. Mungkin, faktor jarak tempat membuatkan harganya sedikit berbeza. 

Sebelum Fiza bagi pendapat mengenai rasanya, terlebih dahulu kita tengok pada pembungkusannya. Yup! Tak dinafikan, setiap produk makanan... Packaging sah-sah la menarik. Betul tak? Kalau tak menarik, macam mana nak tarik minat orang nak membeli. Penting tu. Kan! Tapi... Adakah kecantikan luarannya setanding dengan rasa.

Aiskrim nestle

Pada Fiza lah ye. Rasanya still tak boleh kalahkan yang berperisa mint.  Fiza lebih suka La Cremeria Mint. Kenapa?

Salah satu sebabnya, perisa Almond Pecan Passion ni tersangatlah manis walaupun di dalamnya terdapat almond cincang. 

Dahla dia punya rasa coklatnya kaw-kaw. Lepas tu pulak, ada tambahan coklat chips. Huh! Memang pekat betul rasa manisnya. Tak boleh makan banyak sangat... Manis!! 

Rasanya, takde lagi repeat beli lepas ni. Haha. Kalau mint tu In Shaa Allah, boleh lagi sebab kena dengan selera anak tekak dan Fiza rasa mint juga adalah aiskrim la Cremeria yang paling sedap setakat ni.

Bukan Fiza je yang kata perisa Almond Pecan Passion ni terlampau manis, anak-anak dan suami pun sependapat. Apa-apa pun, itu based on citarasa Fizalah ye. Lain orang lain citarasa.

#AiskrimLaCremeria
#AlmondPecanPassion
#AiskrimNestle