Jejari Kentang Untuk Bayi, merupakan salah satu resepi berasaskan kentang yang menjadi viral beberapa bulan lepas di media sosial. Resepinya hanya perlu digoreng, sangat mudah dan senang untuk disediakan. Boleh ajak anak-anak buat dan tolong bentukkan jejari kentang ni sama-sama untuk isi masa lapang mereka. Al-maklumlah, kita masih lagi dalam fasa Perintah kawalan Pergerakan. Fiza pasti anak-anak mesti suka. Kan?
Kemudian, ianya juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menu sarapan pagi untuk bayi berusia 8 bulan ke atas. Cumanya bila kita nak makan sekali, kenalah asingkan bahagian bayi dan kita. Bahagian kita bolehla ditambahkan dengan secukup rasa Maggie.
RESEPI JEJARI KENTANG UNTUK BAYI
Jadi, Fiza nak share jugaklah resepinya di sini. Pertama, apa yang penting kita kena sediakan bahan yang diperlukan terlebih dahulu.
Bahan-bahan:
3 biji Kentang
5 sudu tepung jagung
1 sudu tepung beras
Daun sederi - hiris halus
3 biji Kentang
5 sudu tepung jagung
1 sudu tepung beras
Daun sederi - hiris halus
Sedikit Lada
Minyak untuk menggoreng
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat :-
- Kentang hendaklah di rebus atau kukus. Kemudian dilenyekkan...
- Gaul semua bahan. Masukkan daun saderi dan sedikit lada.
- Uli sampai jadi doh. Biarkan seketika.
- Golong-golongkan seperti jari. Jangan nipis sangat ye. Kemudian, bolehlah digoreng hingga kekuningan.
Sangat mudah.
5 KHASIAT KENTANG UNTUK BAYI
Kemudian, apa yang penting kentang jugak mengandungi khasiatnya yang tersendiri kepada bayi. Antaranya :-
1. KAYA DENGAN PELBAGAI NUTRIEN SEMULAJADI
Kentang kaya dengan pelbagai sumber nutrien semulajadi. Menurut Healthline.com, 100gram kentang beserta kulitnya mengandungi nutrien berikut:
Kalori: 161
Lemak: 0.2 grams
Protein: 4.3 grams
Karbohidrat: 36.6 grams
Serat: 3.8 grams
Vitamin C: 28% daripada kadar pengambilan harian
Vitamin B6: 27% daripada kadar pengambilan harian
Potasium: 26% daripada kadar pengambilan harian
Mangan: 19% daripada kadar pengambilan harian
Magnesium: 12% daripada kadar pengambilan harian
Fosforus: 12% daripada kadar pengambilan harian
Niasin: 12% daripada kadar pengambilan harian
2. BAIK UNTUK PENCERNAAN
Selain buah-buahan, mungkin ramai tak tahu bahawa kentang juga memiliki kandungan serat yang tinggi. Serat yang tinggi baik bagi bayi agar pencernaannya tetap lancar dan sihat.
3. MEMBANTU SISTEM IMUNITI BADAN
Kentang kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus.Pelbagai jenis vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri dari kuman penyebab penyakit. Selain itu, vitamin B juga baik bagi perkembangan saraf bayi
4. MENGENYANGKAN & MEMBERI TENAGA
Berdasarkan kajian, kentang adalah antara makanan yang paling mengenyangkan. Ia juga menyumbangkan sumber tenaga yang baik untuk bayi. Oleh sebab itu, ia sesuai untuk membantu bayi mencapai berat badan ideal.
5. BAGUS UNTUK KESIHATAN TULANG
Zat besi, fosforus, kalsium magnesium dan zink yang terkandung dalam kentang membantu bayi untuk membina serta mengekalkan struktur tulang yang kuat. Selain itu, zat besi dan zink juga berperanan dalam memproduksikan dan mematangkan kolagen dalam tubuh.
Actually, Fiza selalu buatkan untuk Nur Dhia. Biasalah budak-budak. Ada hari mereka lansung tak nak makan nasi. Jadi, disebabkan tak nak dia berlapar. Kenalah cari resepi yang berkhasiat dan mengenyangkan. Kan? Ternampak pulak resepi ni di Facebook. Tak sangka pulak Nur Dhia suka makan. Nanti bolehla repeat buat. Serius! Sedap.... Bila cecah dengan sos dan mayonis.
Korang dah try tak, buat jejari kentang ni?
#ResepiViral
#JejariKentangGoreng
18 Comments
pastu cicah ngan mayo n sos cili.. perghhh terbaikk!! ehhehe
ReplyDeleteKan. Terliur mengenangkannya. Hehehe ..
DeleteNi orang dewasa pun suka
ReplyDeleteBetul kata wak tu. Orang tua pun suka kalau buat gini. ☺️
DeleteJangan kata bayi, yang dewasa pun boleh layan ni..
ReplyDeleteKan. Hehehe...
DeleteCheq yang dah tua ni pun terasa macam nak makan fries ni juga 😆
ReplyDeleteBukan anak je berselera. Fiza pun sama.
Deletebanyak khasiat dan baby pun suka finger food ni.
ReplyDeleteTu la. Kemain suka Dhia makan. Bertambah-tambah. ☺️
DeleteMak baby pn suka tok.. nang nyaman
ReplyDeleteYalah owh... Polah kedirik nyaman agik. Bukan nembiak Jak suka. Kita pun maok juak makan.
DeleteSy tgk pun dah terliur
ReplyDeleteKan. Hehe... Sedap ni. Try la Rabia.
Deleteterima kasih share resepi. ni nampaknya bukan utk baby je... bagus jgk utk diet org dewasa.
ReplyDeleteSama-sama. Tu la, sesekali boleh tukar menu gini kan.
DeletePernah try menu ni . Ala-ala twisties ranggup diluar lembut di dalam
ReplyDeletearwah mama ammi rajin buat benda-benda mcm ni untuk cucu-cucunya. nenekkan.. bila cucu tu makan banyak..itulah yg buat dorang happy
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.