Hari ini merupakan hari ke-2 Fiza, selepas mengambil vaksin dos kedua Pfizer Biontech. Jadi, nak jugak kongsikan di sini pengalaman semasa mengambil vaksin kedua sebagai kenangan di mana kita pernah melalui zaman negara dilanda Pandemik wabak Covid-19.
Baca Juga :
Perasaan Ketika Mengambil Vaksin Ke-2 Pfizer?
Bila bercakap mengenai perasaan, hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui perasaan Fiza masa tu. Nervous dan takut tu membuatkan jantung Fiza berdebar-debar sepanjang jalan menuju ke Pusat Pemberian Vaksin. Al-maklumlah, kebelakangan ni banyak sangat cerita tak best didengari di socmed mengenai vaksin. Entah sahih ke tidak... Wallahu'alam.Tapi tula, sedikit sebanyak ia jugak menganggu fikiran kita. Walaupun nervous, ia tidak mematahkan semangat Fiza untuk terus dapatkan vaksin demi untuk melindungi keluarga dan orang-orang di sekeliling kita.
Kisah Sebelum Dan Ketika Berada Di PPV
Sehari sebelum mengambil vaksin, Fiza diberi rehat yang cukup oleh encik suami. Kebanyakkan kerja-kerja rumah dia yang buat. Alhamdulillah. Malam pun tidur awal. Kemudian, Subuh lagi dah bangun untuk sediakan sarapan. Sepatutnya waktu temujanji Fiza jam 2 petang. Tapi, Fiza pilih untuk pergi sebelah pagi. Menurut encik suami, kalau pergi sebelah pagi... Orang tak ramai lagi.Ok! Kat sini Fiza nak bagitau jugaklah. If korang SAMA TARIKH untuk ke Pusat Pemberian Vaksin dengan mana-mana ahli keluarga, cuma BERLAINAN MASA... Boleh je pergi waktu yang sama bagi mengelakkan korang berulang-alik. Cuma yang tak bolehnya... Tarikh tak boleh tukar ye kecuali setelah mendapat kebenaran oleh pegawai yang mengurus atas alasan yang munasabah.
Nur Dhia masih lagi directfeeding, jadi pagi Sabtu tu... Kena angkut anak-anak sekali. Alhamdulillah urusan Fiza dipermudahkan. Seawal 7 pagi, kami bergerak dari rumah dan sampai di Pusat Pemberian Vaksin pada pukul 7:30 pagi. Orang tak ramai lagi masa tu. Dapatla Fiza nombor giliran ke-10. Tapi lepas tu, terpaksa jugak menunggu sebab tiba-tiba ramai pulak yang walk-in datang... Sepatutnya walk-in start jam 2:30 petang... Rata-rata yang datang terdiri daripada ibu mengandung dan jugak Orang Kurang Upaya. Jadi, mereka didahulukan kerana berisiko. Waktu menunggu tu menyempat jugak la call encik suami untuk tanya Nur Dhia macam mana. So far so good. Takde masalah.
Ruang menunggu luar dewan setelah check-in MySejahtera, check suhu Dan daftar untuk mengambil nombor giliran |
Lebih kurang 20 minit menunggu, akhirnya giliran Fiza untuk masuk. Alhamdulillah, untuk vaksin kedua... Urusannya lebih cepat. Masuk terus ke kaunter check-in Mysejahtera, lepas tu ke kaunter MA atau doktor, kat situ dorang akan tanya ada tak mengalami sebarang gejala untuk dos pertama. Kalau takde kita akan di bawa ke bahagian vaksinasi. Tanpa perlu menunggu, Fiza disuruh masuk untuk mendapatkan suntikan. Lepas disuntik, terus dibawa ke ruangan pemantauan. Sementara mereka mengemaskini data MySejahtera, kita akan dipantau. Selepas 15 minit, sekiranya tiada mengalami sebarang masalah... Kita dibenarkan bersurai. Sebelum keluar, pastikan maklumat di MySejahtera betul dan telah dilengkapi.
Lepas tu bolehla selfie di ruangan yang disediakan sebagai tanda kenang-kenangan. Sumpah! Fiza tak ambik pun... Alasannya, satu nak cepat. Kedua, ramai sangat yang menunggu untuk ambik gambar. Argh! Daripada merisikokan diri untuk mendapat jangkitan... Better Blahh... Kan? Sekarang ni, di Sarawak kes tengah tinggi.
Apa yang penting sijil vaksinasi tu je. Sekarang ni, kedai runcit pun akan tanya certificate MySejahtera. Tak lengkap vaksin, memang tak kan dibenarkan masuk.
Adakah Mengalami Sebarang Kesan Sampingan Selepas Vaksinasi Dos Ke-2 Pfizer Biontech?
Alhamdulillah, selepas hari kedua seperti dos pertama... Fiza hanya mengalami lenguh pada bahagian suntikan sahaja. Semoga hari-hari seterusnya Fiza sihat hendaknya. Aamiin... Alhamdulillah, dah selesai urusan pengambilan dos kedua vaksin Pfizer. Lega sangat. Tapi, untuk vaksin Pfizer Biontech... Ia akan dikira lengkap apabila kita melepasi 14 hari selepas dos kedua. Tak kisahla janji dah settle. Kan?Nota Kaki : Korang dah ambik dos kedua? Vaksin apa? Ada kesan sampingan tak?
#KisahVaksinasi
#VaksinPfizerBiontech
21 Comments
alhamdulillah, semoga semua baik2 saja
ReplyDeleteAamiin...
DeleteAbe kie kena ambik dos kedua pada 1 sept ni. In Shaa Allah....
ReplyDeleteSemoga urusan Abam Kie dipermudahkan hendaknya. Aamiin...
DeleteTahniah. Semoga Malaysia dapat capai herd immunity secepat mungkin.
ReplyDeleteMudah-mudahan hendaknya. Aamiin...
Deletetahniah dear..selesai akhirnya
ReplyDeleteAlhamdulillah....
Deletealhamdulillah.. dh completed vaksin..
ReplyDeletesemoga baik2 je.. =)
Aamiin... Mudah-mudahan baik² aje. ☺️
Deletetahniah ya..dah follow blog saya ke dek hehehe
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteHehe... Baru je follow encik.
Belum ambil lagi. Tengah tunggu tarikh dan sambil tu tengok juga kot ada yang boleh walk in kat PPV berhampiran..
ReplyDeleteMudah-mudahan urusan Naniey dipermudahkan hendaknya. Aamiin...
DeleteAlhamdulillah. Semoga sihat selalu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih CCL atas doanya.
Deletealhamdulillah
ReplyDeletetake care akak
Alhamdulillah lega bila dah dapat dos kedua.
ReplyDeleteSaya pun completed dah lepasi tempoh matang lengkap dua dos :)
Tahniah dah lengkap 2 dos vaksinasi
ReplyDeletealhamdulillah yeayyy.. kita geng! hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah dah setel dahhhh! Kita geng la, geng pfizer hahaha. Tapi tak kisah vaksin jenis apa kan, janji vaksin kan hehehe. Alhamdulillah tak de kesan sampingan terukkk, saya ala ala nak demam tapi tak demam pun, cuma menggigil sekejap aje. Harini dah okey dah :D
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.