Assalamualaikum.
Good Morning.

Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut Limited Edition, satu lagi produk coklat keluaran Dairy Milk yang berstatus terhad. Coklat berperisa pandan, macam manalah rasanya kan. Dah seminggu jugak cari di kedai berdekatan. Tapi, tak jumpa-jumpa.

Walaubagaimana pun, Alhamdulillah semalam masa beli barang dapur encik suami jumpa dan terus beli. Akhirnya ada jugak rezeki Fiza untuk merasa Cadbury Pandan Kelapa. Seperti biasa, Fiza akan menyatakan pendapat mengenainya berdasarkan pengalaman sendiri.

Coklat edisi terhad

PENDAPAT PERIBADI TENTANG HARGA DAN RASA CADBURY DAIRY MILK PANDAN COCONUT

Actually, encik suami beli Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut bersaiz 160gram. Di tempat Fiza, ianya dijual dengan harga RM10.50. Agak mahal jugaklah untuk satu bar coklat yea. 🤭 Tapi, bila check di Shopee... Ianya dijual dengan harga RM7.20 ke RM8.50. Tapi harga tu, belum lagi termasuk postage ye. Tak perlula nak bandingkan harga, jarak tempat pasti menjadi sebab kenapa harga sesuatu barang tu berbeza. Betul tak?

Coklat limited edition

Bila unboxing...

Wah! Semerbak bau pandannya tau. Terus tergoda untuk merasa. Color Packaging pun dah membuatkan kita tertarik, inikan pulak bau pandannya yang semerbak tersebar sebaik sahaja bungkusannya dibuka.

First  gigitan takde lagi rasa sesuatu yang menarik pun. Tapi, selepas beberapa kali gigitan, kita akan rasa kelapa parut panggang yang berperisa pandan di dalamnya. Pada Fiza, Sesuai sangatla dengan selera tempatan orang Malaysia. Rasa pun just nice, lemak manis dan tak terlalu manis. Sedap!

Baca Juga : Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Nestle Onde-Onde

Kiranya, kombinasi coklat pandan kelapa kali ni menepati selera anak tekak jugaklah. Berbaloi beli. Hehe...

Akhirnya, Mission accomplished!

#ProdukBaru
#CadburyDairyMilkPandanCoconut
#LimitedEdition