Assalamualaikum πŸ–€,
Korang pernah tak hadapi masalah, di mana pengomen akan memasukkan url artikel atau  apa-apa sahaja link mereka di ruangan komen blogpost korang?. Kekadang ada jugak komen yang merepek, lepas tu komen berkali-kali benda yang sama. Situasi ini dikenali sebagai 'Spam Comments'. 

Contohnya seperti di bawah... Fiza try spam komen di blog sendiri jela yeah! Sebagai contoh. Tak mau share yang spammer dah buat. Kang jadi isu pulak. Kita ni, rambut je sama-sama hitam... Hati lain-lain. Benda kecik pun orang boleh perbesarkan. Betul tak?

Tutorial blog

KEBURUKAN DI SEBALIK 'SPAM COMMENTS'

Kalau setakat komen merepek tu okey lagi. Tapi, bila orang komen siap letak backlink tu yang tak best'nye. Kiranya, buat iklan tak beretika. Ye! Boleh je buat amal jariah, pejam mata benarkan 'spam comments' di publish... 

Tapi, tula... Keburukannya nanti kita pulak yang kena tanggung... Apabila link tersebut dibuang oleh si pengomen atau tak pun mengandungi Malware. Jenuh nak hadap! Kena beringat, Malware juga boleh datang dari komen ye. Silap-silap blog kita boleh dianggap blog spam yang akhirnya boleh menyebabkan blog kita kena delete dengan blogspot.

Bila pengomen membuang link tersebut, automatik link yang berada di ruangan komen blog kita menjadi 'broken link'. Tu pun kalau kita dah publish komen tersebut. Kalau sikit takpe lagi, macam mana kalau dah berpuluh-puluh atau beratus. Bermasalah kan... Lebih-lebih lagi apabila ia juga turut mempengaruhi rank blog kita di search engine. Walaupun ada laman yang menawarkan perkhidmatan membuang 'broken link' secara percuma... Tapi, kalau dah banyak sangat 'broken link'... Malas jugak nak hadap. Ambik masa pulak nak buang. Kan?

Jadi, kena beringat sebelum kena.


SETTING KOMEN MENJADI 'COMMENT MODERATION'

Sebelum 'spam comments' menjadi lebih banyak, ada baiknya kita sekat aktiviti spammer tersebut. Bagaimana? Caranya sangat mudah. Fiza tunjukkan caranya okeh!
Tutorial blog
Pertama sekali, pergi bahagian settings. Kemudian klik pada comment. Pilih comment moderation ye. Last sekali... Bolehlah klik pada 'Always' dan tekan butang save.

Selesai!!!

Bila dah setting always pada comment moderation... Automatik apa sahaja komen yang masuk... Ia akan di hold dulu sebelum kita setuju untuk publish. Ahha... Masa tula kita kena semak dulu satu persatu komen sebelum di publish. Jadi, komen yang berbaur negatif dan ada link url memang Fiza akan delete. Mintak maafla yeah! Fiza sejenis yang tak mau ada aura negatif di sini. Hehe...

Sangat mudah. Kan?