Assalamualaikum 🖤,
Hari Isnin, umur Nur Dhia genap setahun 6 bulan. Oleh kerana sibuk dengan jadual PdPR anak-anak, baru hari ini Fiza berpeluang semula untuk berkongsi cerita di sini.

Mengikut Jadual Imunisasi Klinik Kesihatan Malaysia ( KKM ), bayi yang berusia setahun 6 bulan sepatutnya diberikan tarikh untuk temujanji pemeriksaan kesihatan. Untuk Nur Dhia, tarikh pemeriksaan kesihatannya jatuh pada 20 September 2021. Alhamdulillah...

Seperti kebiasaan, Fiza akan bawa Nur Dhia checkup sebelah petang. Sebelah petang orang tak ramai. Alhamdulillah, rezeki kami jadi orang pertama kena panggil untuk diperiksa.

Kisah

Perkembangan Berat, Tinggi Dan BMI Nur Dhia Setahun 6 Bulan

Masuk je, kami disuruh ke ruangan khas untuk menimbang berat dan ukur ketinggian terlebih dahulu. Kemudian, nurse yang bertugas akan memasukkan maklumat yang diperolehi ke dalam buku kesihatan Nur Dhia sambil bertanyakan tentang perkembangan dan kesihatan Nur Dhia. Actually, perkembangan anak berusia 18 bulan sepatutnya telah mencapai beberapa perkembangan seperti berikut :-

  • Sudah pandai menunjukkan ekspresi seronok apabila ditimang, dibuai atau dihenjut atas kaki/peha dan sebagainya.
  • Mula menunjukkan minat untuk bergaul, bermain atau berkawan dengan kanak-kanak lain.
  • Sudah mula pandai memanjat. Contohnya kerusi, sofa dan sebagainya.
  • Sudah pandai bermain olok-olok/berlakon. Contohnya menelefon, bermain anak patung, bermain masak-masak atau sebagainya.
  • Mula menggunakan jari untuk menunjuk apabila meminta sesuatu.
  • Sudah pandai membawa objek/benda ke arah kita.
  • Tahu untuk bertindak balas apabila namanya dipanggil.
  • Mampu berjalan sendiri dengan baik.
  • Mulai memahami apa yang kita perkatakan. Contohnya apabila diminta mengambil sesuatu barang, dia boleh mengambilnya.
Semua perkembangan tersebut sudah pun ada pada Nur Dhia. Gigi pun dah banyak yang tumbuh. Pendek kata, hampir lengkap kesemuanya. Berkenaan dengan berat, tinggi dan BMI Nur Dhia pula adalah seperti berikut :-MaklumatWalaupun masih lagi breastfeeding, Alhamdulillah semuanya on track. Mudah-mudahan niat untuk menyusukan Nur Dhia sampai 2 tahun tercapailah hendaknya. Doakan Fiza yea semoga terus istiqomah.

Jenis Vaksin Yang Diterima Bayi Pada Usia 18 Bulan

Selain itu, Nur Dhia juga turut menerima vaksin DTaP/DT (booster), IPV (booster) dan Hib (booster) untuk checkup kali ini. Walaupun menerima 3 vaksin dalam satu masa, Alhamdulillah Nur Dhia tidak mengalami kesan sampingan yang teruk. Cuma bengkak sedikit pada bahagian suntikan. Sehari selepas tu, bengkak tersebut semakin surut.

Untuk temujanji seterusnya, Nur Dhia akan datang semula pada bulan 12 di mana pada masa tu umur Nur Dhia sudah pun genap 21 bulan ataupun setahun 9 bulan. Tak silap Fiza, nanti Nur Dhia akan diberi vaksin JE dos kedua pula. In Shaa Allah.

Demikianlah, sedikit sebanyak kisah pengalaman Fiza membawa Nur Dhia untuk medical checkup di klinik kesihatan kerajaan pada usia setahun 6 bulan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

#checkup

Sumber :-