Assalamualaikum 🖤,
Hari Isnin, umur Nur Dhia genap setahun 6 bulan. Oleh kerana sibuk dengan jadual PdPR anak-anak, baru hari ini Fiza berpeluang semula untuk berkongsi cerita di sini.
Mengikut Jadual Imunisasi Klinik Kesihatan Malaysia ( KKM ), bayi yang berusia setahun 6 bulan sepatutnya diberikan tarikh untuk temujanji pemeriksaan kesihatan. Untuk Nur Dhia, tarikh pemeriksaan kesihatannya jatuh pada 20 September 2021. Alhamdulillah...
Seperti kebiasaan, Fiza akan bawa Nur Dhia checkup sebelah petang. Sebelah petang orang tak ramai. Alhamdulillah, rezeki kami jadi orang pertama kena panggil untuk diperiksa.
Perkembangan Berat, Tinggi Dan BMI Nur Dhia Setahun 6 Bulan
Masuk je, kami disuruh ke ruangan khas untuk menimbang berat dan ukur ketinggian terlebih dahulu. Kemudian, nurse yang bertugas akan memasukkan maklumat yang diperolehi ke dalam buku kesihatan Nur Dhia sambil bertanyakan tentang perkembangan dan kesihatan Nur Dhia. Actually, perkembangan anak berusia 18 bulan sepatutnya telah mencapai beberapa perkembangan seperti berikut :-- Sudah pandai menunjukkan ekspresi seronok apabila ditimang, dibuai atau dihenjut atas kaki/peha dan sebagainya.
- Mula menunjukkan minat untuk bergaul, bermain atau berkawan dengan kanak-kanak lain.
- Sudah mula pandai memanjat. Contohnya kerusi, sofa dan sebagainya.
- Sudah pandai bermain olok-olok/berlakon. Contohnya menelefon, bermain anak patung, bermain masak-masak atau sebagainya.
- Mula menggunakan jari untuk menunjuk apabila meminta sesuatu.
- Sudah pandai membawa objek/benda ke arah kita.
- Tahu untuk bertindak balas apabila namanya dipanggil.
- Mampu berjalan sendiri dengan baik.
- Mulai memahami apa yang kita perkatakan. Contohnya apabila diminta mengambil sesuatu barang, dia boleh mengambilnya.
Jenis Vaksin Yang Diterima Bayi Pada Usia 18 Bulan
Selain itu, Nur Dhia juga turut menerima vaksin DTaP/DT (booster), IPV (booster) dan Hib (booster) untuk checkup kali ini. Walaupun menerima 3 vaksin dalam satu masa, Alhamdulillah Nur Dhia tidak mengalami kesan sampingan yang teruk. Cuma bengkak sedikit pada bahagian suntikan. Sehari selepas tu, bengkak tersebut semakin surut.Untuk temujanji seterusnya, Nur Dhia akan datang semula pada bulan 12 di mana pada masa tu umur Nur Dhia sudah pun genap 21 bulan ataupun setahun 9 bulan. Tak silap Fiza, nanti Nur Dhia akan diberi vaksin JE dos kedua pula. In Shaa Allah.
Demikianlah, sedikit sebanyak kisah pengalaman Fiza membawa Nur Dhia untuk medical checkup di klinik kesihatan kerajaan pada usia setahun 6 bulan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
#checkup
10 Comments
Semoga anak fiza sihat sokmo dan menjadi anak yg solehah. Aamiin...
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih atas doanya Abam Kie. ☺️
Deletegeramnya dengan pipi tembun dia ni..
ReplyDeleteammi pun 'dating' dengan doctor bersama anak dah lama habis.
O yeke Ammi, Fiza lambat lagi nak habisnya. 🤭
Deleteboolat nya pp dia... geram rasa nak cobit2 hehhehe..
ReplyDeleteAgak2 klu duduk sebelah uyum, bole lawan pp sape paling boolat tak eh? :p
Haha... Kan. Sekarang ni dia dah start tak mau kena gomol dah Kak Ret. 🤭
DeleteSemoga anak membesar dengan sihat
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih atas doanya yeah.
DeleteSemoga membesar dengan sihat. 11.5kg berat Naura bulan lepas.. tinggi 95 jadi BMI kurang cantik sebab berat tu x cantik kata nurse. Jadi kena follow up lagi bulan 11 nanti..
ReplyDeleteNaura lagi tinggi dari Nur Dhia. Maybe ketinggian dia tak balance dengan berat. Tu yang sebabkan BMI dia tak cantik. Apa² pun semoga urusan Naniey dipermudahkan hendaknya. Aamiin...
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.