Assalamualaikum 🖤,
Di kampung Fiza sekarang ni masih lagi musim buah cempedak. 3 biji RM10. Murah ke mahal... Yang penting wajib beli. Hehe...

Menu Sarapan kampung

Alhamdulillah, breakfast pagi ni Fiza buat menu kampung yang simple dan mudah untuk dimasak je... Iaitu cucur cempedak dan biji cempedak rebus. Korang pulak makan apa sarapan pagi ni? Memandangkan pagi ni sarapan dengan cucur cempedak... Jadi blogpost pagi ni... Fiza nak share lah tentang cempedak ni... Terutamanya berkenaan dengan biji cempedak. Korang makan tak biji cempedak goreng atau rebus?

Fiza dari kecik memang dah biasa makan biji cempedak rebus dan goreng... Paling Fiza suka bila direbus sampai lembut. Allahu Akhbar! Sedapnya... Lebih-lebih lagi makan sambil minum milo horlick. Huh! Terbayang-bayang oiii. Padahal baru lepas breakfast. Hahaha...

Menu kampung

Nak rebus biji cempedak takdelah susah mana... Senang je, cuci bersih biji cempedak dan rebus dengan air. Tambah sikit garam je untuk bagi rasa lemak masin. Kemudian, bila biji dia dah lembut dan kulit pun dah mula tertanggal dari isi... Bolehla buat menu minum pagi atau petang.

Baca Juga : Cara Menghilangkan Getah Cempedak Yang Melekat Di Tangan

Stail Fiza, Fiza suka makan biji cempedak rebus yang merekah tau. Rasanya tak tahu nak kata apa. Sedap! Ada orang kata... Makan biji cempedak ni boleh buatkan badan kita jadi berangin. Sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam.

So far, setakat harini takde pulak Fiza mengalami badan berangin. Tu la... Lain orang, lain citarasa dan penerimaannya... Kan. Fiza akui semua tu. Tak perlulah kita nak pertikaikan. Raikan perbezaan pendapat, itulah paling penting... Jadi takdelah isu yang akan timbul. Betul tak?

Bagi yang menghadapi badan berangin lepas makan biji cempedak, baik elakkan okeh! Buat apa kita nak makan kan... Kalau sesuatu makanan tu boleh mendatangkan kemudaratan. Betul tak?

Fiza semenjak umur menginjak 40-an ni... Slowly, menolak makanan yang membuatkan badan jadi tak selesa selepas makan atau minum. Contohnya seperti teh. Dulu... Teh adalah minuman paling Fiza suka. Tapi, sekarang ni... Minum segelas je pun... Boleh buatkan perut jadi kembung. Hurmmm...

Korang pulak, bagaimana?

#MenuSarapan
#MenuKampung