Assalamualaikum 🖤,
10 Oktober 2021 di TV2, Jam 9 malam. Hari Ahad, malam Isnin... Fiza dah set time untuk tidur lewat sikit semata-mata nak tengok Filem Hindi berjudul 'MOM' sambil lipat kain. Ramai yang reviews, kata filem tersebut menarik.
 
MOM merupakan filem hindi yang pernah ditayangkan pada tahun 2017. Tapi, Fiza tak pernah pun layan sebelum ni. Malah tak tahu pun akan kewujudannya. Haritu pun, kebetulan lalu di wall Facebook Fiza. Bila baca orang share, macam menarik pulak jalan ceritanya.

Hindi 2017
 
Tahun Tayangan : 2017
Genre : Drama, Thriller, Crime
Produksi : MAD Films, Third Eye Pictures
Sutradara : Ravi Udyawar
Pelakon Utama : Sridevi, Nawazuddi Siddiqui, Akshaye Khanna, Sajal Ali, Adnan Siddiqui

Kisah Disebalik Filem Hindi MOM

Filem tersebut sebenarnya mengisahkan tentang Devki (Sridevi). Devki adalah seorang Guru Biologi yang harus menghadapi kenyataan ketika anak tirinya, Arya menjadi korban pemerkosaan. 
 
Kisahnya bermula...
 
Di sekolah apabila Mohit didapati menghantar video lucah kepada Arya melalui pesanan ringkas dan telah diketahui oleh Devki yang sedang mengajar di kelas mereka. Mohit sepertinya berdendam, apabila Devki mencampakkan phone miliknya ke bawah bangunan sekolah.

Mom

Suatu malam, Arya meminta izin untuk menghadiri majlis Valentine’s Night bersama rakan-rakannya. Mulanya Devki tidak bersetuju untuk membenarkan Arya pergi. Arya tidak pernah menerima Devki hadir dalam hidupnya. Dia hanya memanggil Devki dengan gelaran 'Puan'. 
 
Disebabkan Arya merajuk, akhirnya Devki terpaksa akur dengan permintaan Arya. Dia dan suaminya Anand akhirnya membenarkan Arya pergi. Tapi kena balik awal dan pastikan handphone telah pun di charged penuh.
 
Arya menikmati malam tersebut dengan begitu seronok. Tanpa sedar, Arya juga mulai mabuk. Dalam masa yang sama, Mohit terus mengganggunya. Arya tetap menolak dan tidak memperdulikan Mohit.
 
Mohit yang berada dibawah pengaruh alkohol dan dadah lalu menculik, menyiksa dan merogol Arya bersama rakan-rakannya. Setelah puas dan yakin Arya sudah mati, mereka membuang Arya ke dalam longkang.
 
Disebabkan Arya lambat balik dan lansung tidak dapat dihubungi, Devki risau lalu membuat laporan polis. Di balai polis pula, Devki terserempak dengan DK (Nawazuddi Siddiqui). DK seorang penyiasat persendirian. Disebabkan kebingungan, Devki tidak mengambil kisah pun apa yang diperkatakan oleh DK. Sebaliknya dia berlalu pergi dengan hanya mengambil kad yang dihulurkan oleh DK.
 
Tidak lama kemudian, Arya dijumpai oleh seorang lelaki. Arya dibawa ke hospital. Devki sangat sedih melihatkan keadaan Arya. Kisah Arya tersebar luas di stesen tv. DK juga mengetahui kisah Arya melalui televisyen.
 
Mom

Dipendekkan cerita,  kes Arya diambilalih oleh inspektor Matthew Francis (Akshaye Khanna) selepas Arya sedar dan memberi keterangan. Pelaku akhirnya berjaya ditangkap dan penghakiman mula dilakukan. Namun, Sayangnya hasil persidangan tersebut, lansung tidak menyokong pernyataan Arya. Akhirnya para pelaku iaitu Charles Deewan, Mohit Chadha, Baburam Pande dan Joginder Singh di bebaskan dari tuduhan.
 
Devki merasa sakit hati di saat melihat para pelaku bebas begitu sahaja dan mulai merancang untuk misi pembalasannya secara bersendirian. Devki tiba-tiba teringat akan kad yang dihulurkan oleh DK. Dia terus berjumpa dengan DK untuk meminta bantuan bagi mendapatkan info tentang pelaku tersebut.

Mom
 
Setelah mendapat info, misinya bermula dengan membunuh Baburam. Devki meminta bantuan muridnya yang seorang transgender untuk membius dan melakukan penektomi pada Baburam. Baburam akhirnya mati di bilik air kediamannya.
 
Kemudian, Devki juga turut meracuni Charles dengan menggunakan sianida dari biji epal dan membuat seakan-akan Mohit yang melakukannya. Devki juga turut menyalakan alarm di apartment Mohit, dari situlah polis menemukan potongan epal dan sianida.
 
Mohit pun turut ditahan dengan tuduhan cubaan membunuh sepupunya Charles. Sayangnya kegiatan Devki diketahui oleh inspektor Matthew yang mana telah menjumpai kaca mata miliknya, yang tertinggal dirumah Mohit.
 
Seiring dengan penyelidikan inspektor Matthew, Jagan yang terlibat dalam pemerkosaan turut melancarkan balas dendamnya. Jagan membunuh DK di pejabatnya dengan sangat tragis. Setelah mengetahui di mana Devki berada, Jagan juga turut ke Johnson Cottage untuk membunuh Devki. Saat lampu padam, Jagan mendatangi Arya yang berada di ruang tengah, Devki yang melihat situasi itu, terus menyuruh Arya pergi dan memanggil Anand.
 
Jagan cuba untuk membunuhnya dengan cara membungkus kepala Devki dengan plastik hingga ia kehabisan nafas. Merasakan Devki sudah mati, Jagan mencari Arya. Devki masih lagi hidup dan mencari keberadaan Arya. Sebelum Devki menemukan Arya, Jagan memukulnya dari belakang dan berniat menembak Devki.
 
Tiba-tiba inspektor Matthew menembak Jagan. Dalam masa yang sama, Devki memegang dan mengarahkan pistol pada Jagan, ia mengungkapkan semua kemarahannya terhadap perbuatan mereka pada anaknya. Inspektor Matthew memberikan pistolnya kepada Devki dan mengatakan “jika kamu ingin membunuhnya, gunakanlah senjata yang tepat”.
 
Devki bertarung dengan dirinya sendiri, hingga ia mendengar suara Arya yang bersembunyi di sebalik pohon memanggilnya “Mom”. Devki tanpa ragu akhirnya menembak semua peluru yang ada ke arah Jagan, Arya yang melihatnya berlari lalu memeluk Devki dan mengatakan “I love you”. Kisahnya berakhir di situ. 
 

Pendapat Tentang Filem Hindi 'MOM'

Filem ni bukanlah filem Hindi yang berkisar tentang kisah cinta. Sebaliknya, ia menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu tiri tanpa berbelah bahagi sehingga sanggup mengorbankan diri demi maruah anak tirinya. 

Sangat menarik untuk ditonton. Geram, sakit hati, kesian, happy. Semua perasaan akan timbul. Nak-nak bila menonton tanpa gangguan anak-anak. Memang feel dia lain macam. 

Pada Fiza, pelakon Sridevi sangat cemerlang melakonkan wataknya sebagai ibu tiri Arya. Walaupun mendapat layanan kurang baik dari Arya, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. 

Paling terkesan. Bila dia masuk bilik ICU melihatkan keadaan Arya. Dia menangis semahunya. Padahal Arya cuma anak tiri. 

Apa-apa pun, isu paling besar dalam cerita ini adalah kes rogol. Bukan di India sahaja ianya berlaku. Bahkan di Malaysia pun ada jugak. 

Yang tak best nya bila pesalah bebas daripada tuduhan. Kalau begitulah sistem mahkamah, Memang ramaila nanti yang tak takut untuk melakukan jenayah. Kan? Lebih baik tak payah wujudkan sistem kehakiman. Buang masa dan tenaga. 

Kemudian, tak kan takde pembalasan. Adakah harus dibiarkan. Redho je. Adoi! Geram pulak bila mengenangkan situasi macam tu. Emo tau dibuatnya.

Nasib baiklah, penyudahnya menarik. Kesemua pesalah menerima balasannya dan paling penting happy ending dengan panggilan 'Mom' dari Arya untuk Devki. Akhirnya Arya menerima kehadiran Devki sebagai ibu tirinya.

Puas hati dapat tengok filem ni sampai habis. Menarik sangat!

#FilemHindi
#Mom