Assalamualaikum 🖤,
Tadi sempat jugak layan episod akhir drama Perisik Cinta Tak Diundang di TV3. Kisahnya, Yusuf anak Erianna masuk hospital gara-gara dilanggar lari oleh Firash dan menghadapi kekurangan darah.
Amar yang kebetulan sama kumpulan dengan darah Yusuf terus menawarkan diri untuk memberi bantuan. Amar memang dah lama menyimpan perasaan terhadap Erianna.
Di hospital...
Ketika Niyaz sedang leka menenangkan dan menyapu air mata Erianna, tiba-tiba Medina muncul dan terus berasa tidak selesa melihat situasi tersebut. Walau pun begitu, Medina tetap memberi sokongan kepada Niyaz supaya membantu Erianna.
Hari demi hari, Niyaz sibuk ke hulu ke hilir menemani mak ayah dia menziarahi Yusuf sehingga menyebabkan Medina rasa terabai.
Akhirnya, Medina balik kampung dan pulangkan cincin pemberian Niyaz. Sebulan lepas tu, mereka menerima jemputan kawin dari Tuan Muhsin. Katanya, anak angkat mereka Erianna yang akan berkahwin.
Pada mulanya, ibu Medina tidak bersetuju dengan cadangan Medina supaya menghadiri majlis tersebut kerana khuatir akan Medina. Dia tak nak Medina bersedih sekiranya Erianna sebenarnya berkahwin dengan Niyaz.
Menjelang hari perkahwinan Erianna, Medina dan keluarganya turut menghadiri majlis tersebut. Ingatkan Erianna berkahwin dengan Niyaz. Rupanya tak. Sebaliknya Erianna berkahwin dengan Amar. Medina meminta maaf dengan Niyaz kerana tidak memberi peluang kepada Niyaz untuk ceritakan perkara yang sebenarnya. Niyaz marah dan tidak memperdulikan Medina. Medina berlalu pergi dan kisahnya berakhir di situ.
Pandangan Peribadi Terhadap Kesudahan Drama Perisik Cinta Tak Diundang
Pengakhiran yang menarik, cumanya lagi elok kalau Niyaz dan Medina kawin dulu baru tamat. Kan?
Maybe ada sambungan siri kedua pulak, siapa tahu. Betul tak?
Apa-apa pun Fiza suka tengok Shiha Zikir bawa watak Medina dalam drama ni. Tak kaku dan bersahaja. Sesuai bila digandingkan dengan Andi Bernadee sebagai watak utama. Pendek kata, not bad la lakonan dia dan Andi.
Nota Kaki : Esok dah start drama baru berjudul semanis senyumanmu. Tak pasti, nak layan ke tak? Sebab tak minat sangat lakonan Daiyan Trisha. 🤭
#Akasiatv3
#perisikcintatakdiundang
12 Comments
Laa tadi episode terakhir ke? Ada juga buka sekejap tadi tapi tutup semula
ReplyDeleteLama tak tengok TV3. Tengah layan drama TV2 je sekarang. 😅
ReplyDeletesweet kan shiha zikir
ReplyDeleteehh habis da?hahahahah tak sempat nak start lagi. LOL
ReplyDeleteTak tgk drama ni sbb itu waktu NO TV kat rumah. Ngamuk pulak pak incik karang
ReplyDeleteTakpe Ammi, tak boleh tengok on time nanti boleh cari kat Telegram atau YouTube. Ada je orang share. ☺️
DeleteKiranya memang tamat gitu gitu lah. hahahah saya tak boleh tengok drama ni, rasa mcm dunia ini terlalu tak logik haha
ReplyDeleteHa'ah, tamat gitu² je Nadia. Akak kadang layan jugak Nadia. Hehe
DeleteBaru tengok sampai episod 3 je drama ni. Belum sempat sambung lagi. ada sambungan eh..kalau tidak tergantung gitu lah ending dia.
ReplyDeleteFavourite Mak DR ni.. selalunya Mak layan sorg2, kalau kebetulan DR tak buat apa2, ikut sama lawan drama ni..hihi,
ReplyDeleteaduhai tak sempat tgk citer ni ^_^
ReplyDeleteAndy Bernadi from Sabah hehehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.