Assalamualaikum 🖤,

Lately, rajin pulak Fiza layan drama di tv. Antara drama yang mencuri perhatian Fiza sekarang ni ialah drama The Hotel dan I-Tanggang. Dua-dua drama ni berkaitan dengan penyakit mental. Seram oiii... Kalau ada kes-kes macam tu di sekeliling kita, nak-nak yang melibatkan kes pembunuhan. Kan?

Tadi, lepas iron baju encik suami... Kami terus layan episod 21 The Hotel. Yelah! Nak jugak tahu, apa yang berlaku lepas Umaira jumpa Umar. Then, Mati ke tak Raisa selepas Sean tikam dari belakang.

Kisah Di Sebalik Episod 21 The Hotel

For me, takde kejutan sangat pun. Memang dah dijangka dah, yang Raisa tak mati. Walaupun after one months, Sean jumpa Umaira dan Umar bagitau yang dia akan serahkan diri pada polis dan mengaku yang dia bunuh Raisa. Sikit pun tak percaya... Sebab Sean adalah 'Pathological Liar'. 

Apa itu pathological liar?

Pathological liar  adalah orang yang berbohong secara terus-menerus, kompulsif, dan terencana. Perilaku ini cenderung sering dilakukan, dan biasanya tanpa disertai alasan yang jelas (disebut juga dengan pseudologia fantastica atau compulsive lying).Dalam menyampaikan kebohongannya, pathological liar dapat menempatkan diri sebagai orang yang hebat, heroik, atau boleh jadi menggambarkan diri sebagai seorang korban. Sumber : https://www.sehatq.com/artikel/apa-itu-pathological-liar-atau-pembohong-patologis

Semuanya mereka dah rancang, sebab Umar dah tahu rahsia dorang. Begitu juga Umaira. So, dengan mengatakan Raisa mati... Maka tertutupla kisah mengenai Raisa sebagai pembunuh right. Tapi, kisahnya tak berhenti kat situ. Yes! Raisa memang masih hidup. Semuanya berlaku dengan bantuan rawatan dari Doktor Firhani, lakonan Uqasha Senrose. Dia merupakan rakan baik Sean.

The hotel

Entah apa Sean bagitau pada Doktor Firhani, sampai sanggup dia ke hotel dan menetap di penthouse tempat Sean tinggal sebelum ni. Tak sabar pulak nak tengok next episode... Sebab, macam ada sesuatu je lepas Firhani call Sean bagitau yang dia dah jumpa Umaira. Then, siap tanya... Sean nak dia buat apa? Adoiii... Psikopat jugak ke? Atau Doktor Firhani menjadi kambing hitam untuk teruskan rancangan dorang? Apakah rancangan Raisa dan Sean seterusnya. Hurmmm...

Sean dan Raisa jugak berkahwin dalam episod ni. Adakah dorang betul-betul kawin? Part ni pun Fiza macam tak percaya jugak dorang kawin... Yelah! Sorang penipu, sorang lagi psikopat. Adoi! Bahaya la kalau hidup bersama sebagai suami isteri.

Kemudian...

Raisa jugak terserempak dengan prof yang mengajarnya, ketika keluar dari sebuah restoran dalam episod ni. Siap! Kena ceramah dengan prof lagi... Kenapa nak kena berhenti dari belajar.

Dalam hati Fiza, mesti prof tu jadi mangsa Raisa seterusnya... Sebab apa, Raisa fikir... Nanti mesti prof akan bagitau Umaira, yang dia terserempak dengan Raisa. Hurmm... Sebelum semua tu berlaku. Confirm! Raisa akan bertindak dulu.

Rasa-rasanya, dia berjaya tak bunuh prof tu?

Tu antara scene penting yang Fiza nak share. Part Julia gedikk, Jamal yang kaki perempuan tu... Tak payahla. Apa yang pasti, perjalanan kehidupan Raisa sebagai psikopat itu paling penting... Yang mana memperlihatkan kita kepada bahayanya keadaan seseorang yang punyai masalah mental... Sekiranya tidak menerima rawatan yang sepatutnya. Bukan benda main-main ye.

 #Megadramaastroria
#thehotel