Assalamualaikum 🖤,
Ovaltine Crunchy Pop merupakan aiskrim terbaru keluaran wall's. Sekarang ni, ianya menjadi trending di media sosial mahu pun di stesen televisyen. Biasalah, untuk melariskan jualan sesuatu produk... Kenalah ada pengiklanan. Kalau tak, orang tak kan tahu akan kewujudan sesuatu produk tu.
Anak-anak Fiza pulak, bila dah tengok iklan di tv... Confirm! Dorang pun nak. Last weeks masa tengok tv, kebetulan iklan aiskrim Ovaltine muncul... Laju-laju Kak Alia dan Kak Ain bagitau ayah dorang.
Esok ayah balik bolehla belikan aiskrim Ovaltine.
Ala... Ayah, nanti bolehla mak buat reviews di blog kalau ayah beli.
Amboi! Ayat sangat mengampu. Haha...
Encik suami dan anak-anak cukup menyokong minat Fiza. Pantang ada isu baru atau produk makanan baru, pasti di war-warkan. Alhamdulillah, at least ianya menjadi pembakar semangat kepada Fiza untuk teruskan minat berkongsi cerita dan maklumat di sini.
Nak dijadikan cerita, semalam encik suami belikan aiskrim ni. Actually, Fiza dan encik suami takdelah akan tunaikan permintaan dorang on the spot bila mintak. Sekurang-kurangnya ambik masa seminggu dua jugaklah. Biarlah dorang belajar erti sabar... Dan tak semua kehendak kita boleh dapat serta-merta. Alhamdulillah, mereka cukup memahami dan tak pernah nak memaksa.
So far, kemain suka bila dapat aiskrim.
Reviews Aiskrim Ovaltine Crunchy Pop Wall's
Alang-alang dah bercerita mengenai aiskrim ni. Nak jugak share pendapat peribadi tentangnya.
First things first, ianya dijual dengan harga RM3.50 sebungkus. Standard la kan, aiskrim zaman sekarang. Then untuk packaging, so far takde masalah. Memang cantik dan senang untuk dibuka.
Senang didapati. Encik suami beli di kedai runcit biasa je yea.
Part rasa pulak, bila digigit bahagian topping diluar dia... Serius! Memang rangup. Crunchy gitu. Agak manisla jugak. Fakta ye, jarang kita jumpa aiskrim tak manis... Kecuali buat sendiri. Sesekali makan bolehla.
Bahagian dalam pulak, ianya terdiri daripada gabungan Ovaltine white malt Dan Ovaltine. Rasanya creamy. Sedap! Walaupun Fiza bukanlah penggemar air minuman Ovaltine, tapi bila ditranformasikan ke dalam aiskrim. Not bad. So far so good.
Rasanya lebih sedap daripada aiskrim Cornetto Love Rose, tapi still tak boleh nak melawan rasa aiskrim unicornetto. Hehe...
Tu berdasarkan citarasa Fizalah ye. Lain orang lain citarasa. Betul tak? Jadi, kesimpulannya... Fiza bagi 4 bintang / ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk aiskrim Ovaltine Crunchy Pop!
#AiskrimWalls
#OvaltineCrunchyPop
6 Comments
Teringin nak cuba bila akak cakap rasanya lebih sedap daripada Cornetto Love Rose.
ReplyDeleteAkak lebih suka yang ni sebab yang rose tu dia ada rasa sedikit pahit. 🤭
Deletehaa boleh try jgk ni.. rs nk mkn aiskrim je.. hihi
ReplyDeleteTempat Fiza sekarang ni panas. Tu yang budak-budak suka sangat carik aiskrim.
Deletehahah cornetto juga jadi pilihan hati hihihi
ReplyDeleteAnak2 ammi belum ada yg request sbb dorang ni jarang nampak iklan kat TV.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.