Assalamualaikum 🖤,
Semanis Senyumanmu, judul drama Melayu bersiri terbaru yang bakal disiarkan pada 7 Oktober 2021 nanti, di Slot Akasia TV3 bagi menggantikan drama perisik cinta tak diundang.
Sumber dari Instagram @queendaiyantrisha |
Watak Pelakon
Sinopsis Semanis Senyumanmu TV3
Azim tidak berpuas hati apabila terdengar seorang pelanggan mengkritik kuih lopes yang dimasaknya tidak mempunyai tekstur yang memuaskan. Azim cuba memasak semula kuih lopes dan meminta pandangan daripada stafnya dan tiada yang kurang pada kuih buatannya. Azim tidak dapat menerima kritikan dan merasakan pelanggan tersebut perasan bagus.
Azra (Daiyan Trisha) membuka sebuah bakery bersama kawan baiknya, Iman (Aqilah Abas) dan banyak menyibukkan diri dengan membuat bermacam-macam jenis manisan sejak putus dengan teman lelakinya.
Iman risau melihat keadaan Azra dan menyuruh kawan baiknya itu supaya berehat buat sementara waktu daripada membuat kerja di bakery tersebut.
Suatu hari, Azim menemani anak saudaranya yang mahu membeli manisan di bakery berdekatan rumahnya. Sewaktu membuat bayaran, Azim baru perasan yang pemilik bakery tersebut adalah orang yang sama mengkritik kuih lopesnya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Azim turut mengkritik balik roti buatan Azra yang tidak mempunyai tekstur yang memuaskan.
Mereka kemudiannya bertemu kembali dalam satu majlis, Azra meminta maaf pada Azim dan menawarkan diri untuk mengajar Azim membuat kuih memandangkan itu adalah kepakarannya. Adakah Azim akan bersetuju dengan tawaran tersebut dan berbaik dengan Azra?
Nak tahu kisah disebaliknya dan juga kesudahan drama ini, kenalah tunggu masa tayangannya nanti pada 7 Oktober 2021, jam 7:30 malam, setiap Isnin hingga Jumaat dan semestinya di tv3.
Selamat menonton semua. ☺️
#semanissenyumanmutv3
6 Comments
Macam menarik drama ni.
ReplyDeleteKan. In Shaa Allah, kalau berkesempatan bolehla tengok nanti.
DeleteDaiyan Trisha berlakon bestt juga sebenarnya
ReplyDeleteTu la. Tapi kan, kalau dalam drama ni Aiman digandingkan dengan isterinya Zahirah... Confirm! Trending macam drama curi-curi cinta dulu.
DeleteYaAllah betul hahaha. Lagi best bila tengok suami isteri berlakon tau, sebab kalau pegang pegang ke apa kita semua boleh terima
ReplyDeleteKan... Suka tengok Aiman berlakon dengan Zahirah. Dulu dorang pernah digandingkan dalam drama curi-curi Cinta. Best sangat.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.