Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Alhamdulillah atas peluang dan ruang yang ada, untuk Fiza terus berkongsi cerita. Before Fiza kongsikan pengalaman encik suami dan family members lain yang dah ambik booster dose. Terlebih dahulu Fiza nak share satu info buat geng-geng blogger yang berada di Selangor. 

Take care tau. Semalam Fiza terbaca tweet KJ, di mana beliau mengatakan terdapatnya satu kes taun di Selangor. Moga-moga kita terhindar daripada penyakit tersebut. Allah turunkan musibah pasti ada sebabnya. Kita sebagai manusia, kenalah bersabar. Allah tak akan uji kita di luar kemampuan kita. Allah uji, tandanya Allah sayang kita. Wallahu'Alam. Semoga urusan kita semua dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

Berkenaan dengan dos penggalak pulak. Alhamdulillah, semalam encik suami dah pun mengambilnya mengikut tarikh janji temu yang telah ditetapkan di akaun MySejahtera. Actually, untuk vaksin sebelumnya... Encik suami diberi vaksin jenis Sinovac. 

Kemudian beberapa hari sebelum mendapat tarikh janji temu, pihak sekolah ada menghantar satu link borang di WhatsApp untuk diisi sekiranya mahu menerima dos penggalak. Memandangkan anak-anak belum lagi divaksin, encik suami mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Alhamdulillah, sehari sebelum dapat tarikh janji temu... Encik suami check balik akaun MySejahtera dia, eh! Dah dapat tarikh rupanya. So, semalam dia dah pun dapat booster dose. Kali ni dia dapat vaksin Pfizer. Pada mulanya, risau jugak dapat berlainan vaksin kan. Namun, kita dah usaha... Selebihnya berserah pada Allah S.W.T

Pengalaman
Sumber dari Laman health.gov.au

Ada Kesan Sampingan Tak Ambil Dos Penggalak Pfizer, Tapi Dos 1 Dan 2 Sinovac?

Walaupun before ni dapat vaksin Sinovac, booster dapat Pfizer. Alhamdulillah, hari kedua dah... So far, dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk. Cuma mengalami lenguh di bahagian suntikan sahaja. 

Manakala adik ipar perempuan pulak, dia mengalami bengkak atau 'kembang' dalam bahasa Sarawak di bahagian suntikan selama beberapa hari. Menurut dia, lepas ambik booster dose... Petang tu dia pergi jogging. Lupa katanya... Malam tu terus bengkak di bahagian suntikan... Berdenyut-denyut. Katanya, Sakit sangat. Tapi, selepas beberapa kali ambik Panadol... Alhamdulillah, sakitnya semakin berkurangan. Nasib baik...

Bapak mertua pulak, lansung tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Bengkak di bahagian suntikan pun takde. Manakala mak saudara pulak mengalami demam selama dua hari selepas mengambil dos penggalak. Tapi lepas tu ok dah. Dorang semua dapat vaksin Sinovac, booster dapat Pfizer. See... Lain orang, lain kesannya. Kan? 

Alhamdulillah... 

Family Fiza pulak ramai yang dapat vaksin Pfizer termasuklah mak dengan ayah. So far, tak sampai 6 bulan lagi. Jadi, kena tunggula nampak gayanya bila nak dapat tarikh janji temu. Apa-apa pun, semoga semuanya dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

Korang dah dapat booster dose? Ada tak mengalami kesan sampingan selepas ambik?

#BoosterDose
#ProgramVaksinasiNegara