Drama Jangan ganggu jodohku, merupakan drama yang bakal bersiaran selepas drama Jiwa Yang Kau Puja The Hotel 2 di Slot Megadrama, Astro Ria 104.

Waktu Siaran

Ia merupakan drama adaptasi novel 'Jangan Ganggu Jodohku' karya Umie Nadzimah. Menampilkan gandingan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae. Drama arahan Jamal Khan, terbitan Orangetree Production ini juga akan bersiaran pada 29 November 2021, selama 24 episod, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Semestinya di Astro Ria 104.

Megadrama Astro Ria
Sumber dari Bambam_Studios

Pelakon Jangan Ganggu Jodohku

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni adalah seperti berikut :-
  1. Shaza Bae sebagai Aliza
  2. Yusuf Bahrin sebagai Dr.Imran
  3. Norreen Iman sebagai Shahida
  4. Amerul Affendi sebagai Abu
  5. Salina Saibi sebagai Saka Makcik Lempeng
  6. Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
  7. Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha

Sinopsis Jangan Ganggu Jodohku

Mengisahkan tentang saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan di mana akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya.

Aliza berkebolehan berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu.

Doktor Imran seorang yang berfikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng, dia mula berubah menjadi seorang warak.

Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza, namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu.

Sinopsis Novel

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh!

Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran.

Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental!

Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran. Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu.

Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.

Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran.

Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Kesimpulannya

Dari sinopsis macam menarik. Baca reviews di Goodreads pun, ramai yang kata novelnya best. Walaupun seram tapi ada jugak unsur komedi diselitkan.

Sejauh mana kebenarannya, kenalah tunggu waktu tayangannya. Okeh!

Rujukan :
IG Bambam_Studios
https://www.goodreads.com/book/show/43151474-jangan-ganggu-jodohku
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jangan_Ganggu_Jodohku

#Megadrama
#JanganGangguJodohku