Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Selalunya, kalau tak dapat tengok on time sesuatu Megadrama tu... Fiza akan tonton secara marathon pada hujung minggu. Yelah! Megadrama start jam 10 malam. 10 malam, kekadang kalau takde kerja nak buat... Dah masuk bilik dah time tu. Bila dah menginjak ke usia 40an ni, Fiza memilih untuk tidur awal before jam 10 malam. So, memang akan ketinggalan la jawabnya kan. Sekarang ni tak kisah, bila-bila masa boleh layan movie. Semuanya ada di hujung jari.
Baca Juga : Episod 2 The Hotel 2
Best ke The Hotel 2?
Dah 14 episod Fiza layan... Agak bosan jugaklah. Asyik drag kisah Haziq dan Dr. Firhani je. Sampai sekarang takde clue siapa pembunuh Akash.
Walaupun instinct Fiza mengatakan Haziq punya angkara, plus dengan adanya bukti CCTV yang diberikan oleh Dr. Firhani kepada Datuk Izuddin.
Tapi itu belum cukup membuktikan, sebab tak semua yang berlaku dalam CCTV tu... Ditunjukkan. Boleh jadi diubah. Kan? Fiza jadi paranoid tau... Sebab sikap Sean dalam The Hotel 1... Yang suka bercakap bohong... Tak mustahil Dr. Firhani pun punyai sikap yang sama. Kan? Mesti ada sebab kenapa Haziq jadi macam tu... Seperti mana, Datuk Izuddin iaitu ayah kepada Haziq pernah katakan.
Sepanjang beberapa episod tersebut, banyak perkara yang telah berlaku. Umaira mati akibat kena langgar. Adakah kejadian tersebut disengajakan atau memang malang tak berbau. Wallahu'alam...
Ibu Haziq jugak dah tahu rahsia suaminya ada isteri dan anak lain. Arman pulak bersikap dingin terhadap Marsha sehinggalah Marsha berjanji tidak akan mengulangi perangainya yang suka mencuri. Arman akhirnya berbaik semula dengan Marsha apabila dia sanggup dimarahi oleh Umar ketika memulangkan hp yang dicurinya.
Jamal ayah arwah Umaira pulak, mula rapat dengan Leha. Leha merupakan pengurus restoran miliknya. Adakah dia akan berkahwin dengan Leha? Mungkin dalam episod yang seterusnya. Siapa tahu. Kan?
Umar pulak jadi seorang yang tak terurus bila Umaira meninggal dunia. Dia terjebak dengan dadah sehingga abaikan Dr. Firhani. Tapi dalam masa yang sama Adry sentiasa ada untuk mendengar luahan hati Firhani. Situasi tersebut juga menyebabkan Haziq memukul Adry dan mengikatnya dalam kolam mandi di penthouse miliknya. Adry lemah dan perlukan insulin.
Haziq masih lagi menggugut Dr. Firhani. Kerana takut terjadi apa-apa kepada Adry, dia ikutkan jugak kemahuan Haziq untuk berjumpa. Umar dalam keadaan 'lalok' menemani Dr. Firhani...
Episod 14 berakhir dengan kisah Adry berjaya membuka ikatan kaki dan tangannya. Namun, disebabkan terlalu lemah... Dia pengsan. Berjayakah Adry diselamatkan, kenalah tonton episod 15 malam ni untuk mengetahui apakah yang berlaku sebenarnya. Apa yang Fiza kongsikan di sini, tak semua episod tau. Tak best la kan... Kalau Fiza cerita dari A hingga Z. Fiza share part penting je ek!. Hehe...
Overall, pada Fiza... The hotel 1 lebih menarik daripada the hotel 2 ni... Sangat tak suka dengan watak Haziq. Baran dan psiko. Then, kenapa ek! Fiza paranoid sangat dengan Dr. Firhani. Macam ada somethings. Kan? Kekadang orang yang nampak baik ni, ada jugak yang lagi jahat.
Tapi, harap-haraplah tak. If Haziq la yang membunuh Akash tu... Takdelah kisah sangat, sebab memang dia ada sebab yang kukuh... Dia kan tergila-gilakan Dr. Firhani. Tapi kalau Dr. Firhani yang bunuh... Tu yang nak tahu tu... Apa sebabnya. Hurmmm... Cepat-cepatlah episod akhir. Tak sabar nak tahu kesudahannya... Boring pun layan jugak... Haha.
Apa pandangan korang?
#MegadramaAstroRia
#TheHotel2
5 Comments
macam best je..
ReplyDeleteKisah dia best la jugak. Cuma tula, banyak sangat scene Haziq dan Dr. Firhani. Macam lambat je nak tahu siapa pembunuh Akash.
Deleteheheh no komen kite tak tgk lagi
ReplyDeletebusyra pun tngok habes lg.. sbb panjang sngt. haha.. nnti la ada msa marathon balik..
ReplyDeleteTengok gitu-gitu je sebab tak tengok dari awal so tak berapa nak faham. Hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.