Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Semalam, Fiza dalam usaha membuang setiap error yang terdapat di Google console Fiza. Benda pertama yang Fiza check adalah mengenai Page Experience. Kemudian, dekat situ keluar mesej amaran yang berbunyi 'Insufficient HTTPS Coverage on your site'.
Jadi, bila Fiza google cara untuk menyelesaikannya... Ternyata banyak video yang mengarah kepada cpanel hosting kita. So, nak dijadikan cerita... Fiza try hantar email bahagian support NetKL dan tanyakan masalah tersebut. Siap print screen lagi mana Fiza dapat masalah tersebut.
Kemudian, pihak NetKL balas balik email Fiza. Mereka check, so far takde sebarang masalah dan selagi blog boleh bukak dengan url https... So far, ok je. Menurut mereka lagi, Ia hanyalah 'bug' atau masalah teknikal dari google. Jadi, selagi blog boleh run... Bermakna, tak perlula nak risau. Ok! Settle.
Lepas tu pergi pulak bahagian Core Web Vitals. Mak aii... Fiza ada 173 pages yang nak kena baiki. Bila dilihat satu persatu, rupanya error tersebut melibatkan masalah loading setiap pages ... Di mana saiz file gambar dikatakan menjadi punca kenapa pages tersebut lambat untuk dipaparkan... Dan apa yang Fiza kena buat adalah compress balik setiap gambar dalam pages tersebut. Then, validate balik.
Bagaimana nak compress gambar-gambar tersebut?
Nampak gayanya nak kena ambik masa jugaklah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setakat harini, Fiza guna aplikasi Image Compressor untuk compress gambar, kemudian tukar dalam bentuk .webp file.
Baca Juga : Cara Mudah Untuk Menukar Background Blogspot
Kenapa nak kena tukar file gambar dalam bentuk .webp? Apa itu webp?
Ok! WebP file merupakan format gambar yang dikembangkan oleh Google dari tahun 2010. WebP format memiliki size file yang lebih kecil tanpa menurunkan kualitinya. Jadi, ia boleh menjadi alternatif format gambar selain JPEG atau PNG.
Bila saiz gambar dah dikecilkan... Masalah loading blog pun boleh dikurangkan.
Jadi... Kesimpulannya, kena fix satu per satula nampak gayanya.
Kebaikan Compress Gambar Ke Dalam Webp file
Actually, Ukuran gambar sangatlah penting dalam sesebuah laman web walaupun ianya bukanlah untuk dicetak. Kenapa Fiza kata ianya penting adalah kerana... Dengan mengecilnya ukuran sesebuah gambar, ia akan menjimatkan ruang hardisk (storage) hosting kita.
Di sisi lain pulak, Semakin kecil ukuran sebuah gambar, maka semakin lajulah halaman website tersebut untuk diakses. Terlalu banyak gambar dengan ukuran besar akan membuat sesebuah website menjadi lambat, yang akhirnya akan menyebabkan penurunan reputasi website tersebut.
Kekurangan WebP
Selain kelebihan webp, ada jugak kekurangannya di mana... Webp belum disokong sepenuhnya oleh browser. Meskipun webp sudah diperkenalkan dari tahun 2010, namun sayangnya masih banyak browser yang belum menyokong untuk format tersebut.
Setakat ni, browser yang support WebP file adalah Chrome, Firefox, Opera, Opera Mini, Android Browser, Edge, dan Samsung Internet.
Sedangkan, Internet Explorer dan Safari (browser milik Apple) belum compatible dengan WebP file. Sebenarnya, Apple sempat melakukan eksperimen di tahun 2016 untuk menggunakan WebP file di Safari. Tetapi sampai sekarang, mereka belum memberi sebarang maklum balas.
Jadi, seandainya kita menggunakan format WebP pada blog, pengunjung yang mengakses dari Safari tidak akan dapat melihat tampilan gambar yang kita paparkan.
Meskipun masih ada beberapa browser yang tidak support form webp ini, korang tidak perlu ragu untuk menggunakan format tersebut. Kenapa?
Alasannya, Chrome masih menduduki browser paling popular di Malaysia. StatCounter menunjukkan kalau market share Chrome mencapai tahap maksimum. Sedangkan Safari berada di tempat kedua.
Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa majoriti pengguna internet menggunakan browser chrome. Untuk memastikannya ia betul ke tak, korang boleh check google analytics untuk melihat browser mana yang paling banyak digunakan oleh pengunjung blog korang.
Kesimpulannya, gambar merupakan komponen penting dalam kelajuan website. That why, kita perlu mengoptimasi gambar, agar loading blog kita menjadi lebih cepat.
So, apa pandangan korang?
#GoogleConsole
#FixError
10 Comments
Terima kasih untuk perkongsian ni. Baru tahu pasal webpfile tu😊
ReplyDeleteSama-sama. ☺️
Deletealamak...nak compress image yg malas selalunya.
ReplyDeleteKan... Samalah kita Ammi. Tapi tula, kalau tak compress nanti blog jadi lambat. Then, bagi kesan jugak kat storage hosting kita. Hurmmm...
Deletekmk ada dpt email dr google ya tp xtauk cmne nk solve.. biar jak dolok.. hehehe.. lom da mood nk study & menggodek.. mun ada gik info share jak
ReplyDeleteIn Shaa Allah mem. Share Jak problem kitak ya di blog mem. Nintauk ada blogger lain tauk macam ni nak solve. Dapat juak nolong. ☺️
Deletesharing is caring tu.,. ;p
ReplyDeleteKan. ☺️
DeleteTak pernah alami lagi. Bab gambar tu betul. Recommended untuk convert ke webp. Lebih ringan.
ReplyDeleteHa'ah BK, Fiza pun baru tahu jugak pasal ni.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.