Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Rasanya seminggu lebih dah, Fiza tak update blog. Hurmmm... Fiza ada je. Cumanya, sejak kebelakangan ni rasa takde mood pulak nak update blog. Nak kata down, tak pulak. Nak kata busy pun tak jugak. Apa yang pasti mood nak menulis tu lansung kelaut. Tak tau lah kenapa?
Biasalah adat menulis blog. Ada masa kita rajin. Ada masa kita malas. ( Ayat menyedapkan hati ). Bila part malas tu yang tak seronoknya. Yelah! Sebanyak mana usaha yang kita buat, sebanyak tu jugaklah hasil yang kita dapat.
Kekadang, apa yang menjadi punca mood kelaut tu takdelah besar mana. Tapi tula, bila dah kelaut... Tak boleh nak buat apa dah. Kena jugak stop sehari dua. Tapi, kes Fiza ni dah makan banyak hari.
Parah ni kalau dilayan terus. 🤭
Bila difikirkan balik, kena jugak wake-up. Kena jugak carik mood. Sayang bah, dah gigih naikkan views blog... Walaupun tak banyak, tak kan nak jatuhkan balik. Seriuosly, kalau blog dibiarkan lama tak di update... One day, Pageviews akan jatuh jugak. Kan?
Sekarang ni pun, DA blog Fiza dah jatuh satu anak tangga. Baru seminggu tak update. Kalau dah berminggu-minggu... Confirm! Banyak yang turun. Macam mana nak yakinkan clients untuk dapatkan jobs, kalau ginilah punya perangai.
Bagaimana Nak Dapatkan Balik Mood ni?
Chill la, first things first... Kena fikir positif. Update je apa benda yang kau rasa kau seronok untuk cerita. Bagi Fiza ia penting untuk mengembalikan mood. Lagi-lagi bila dah banyak hari tak update. Tu cara Fiza la. Kena jugak motivasikan diri.
Then, lihat apa yang dah pembaca blog kita komen. Kekadang, komen-komen tersebut mampu meningkatkan semula semangat kita untuk menulis. Manusia kan. Memang suka sangat dipuji.
Contoh antara komen yang Fiza pernah dapat. Komen seperti inilah yang banyak membantu Fiza untuk memujuk hati. That why, boleh bertahan dalam dunia blogging lebih dari 10 tahun. Ekeke...
Walaubagaimana pun, benda paling penting adalah tentang minat. Itu hakikat yang sebenarnya. Kalau dah minat, Pageviews jatuh ke... Tak dapat income ke. Tetap jugak akan cari jalan untuk update, walaupun mood dah kelaut. Betul tak?
Sebab tu... Benda paling penting dalam menulis blog adalah minat. Walaupun dah banyak hari tak update, tak jadi masalah... Nanti pandai-pandai la cari jalan untuk update balik... Betul tak? Macam ketagih kan. Umpama lagu dan irama. Tak boleh nak dipisahkan. Dah sebati... Sehari tak update, macam ada benda yang tak lengkap.
Fiza harap, Fiza boleh konsisten balik menulis lepas ni. In Shaa Allah...
#LuahanHati
#Blogging
5 Comments
Ammi dulu pun masa blog lama takde iklan apa pun. I write for my own entertainment. Rasa seronok menulis dan berkongsi. Ada kawan respon jadi bonus pulak. Tp biasa lah..ada ups and downs
ReplyDeleteBiasa. Akan ada waktu yang hilang mood berblogging. Nanti lepas recover, elok lah tu.
ReplyDeleteBiasalah ya.. mood hilang dtg.. chill jak.. ambik gambar byk2 mudahan ada mood nk update blog
ReplyDeleteSemoga Kak Fiza terus konsisten menulis.
ReplyDeletebetul la mood mmg turun naik.. sama lah kita. hehe.. smoga ada smngat balik lepas ni..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.