Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Ayam masak kicap adalah merupakan salah satu menu kesukaan ramai, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Betul tak?
Anak-anak Fiza pun memang suka makan berlaukan ayam masak kicap. Lagi-lagi yang berkuah, bertambah-tambah la nasi dorang.
Antara variasi menu ayam masak kicap yang pernah Fiza buat adalah seperti ayam masak kicap campur kacang panjang, ayam masak kicap che nom dan ayam masak kicap kosong. Kosong mean... Takde benda lain kecuali ayam, bawang, halia, cili, serai, kerisik dan kicap sebagai bahan utama.
So, harini untuk lunch... Fiza try masak satu lagi resepi ayam masak kicap. Tapi, Kali ni... Fiza letakkan daun kari di dalamnya. Sepatutnya resepi ni tak berkuah sangat. Tapi Fiza ubah bagi kuah lebih sebab anak-anak dan suami Fiza suka makan nasi ala-ala nasi banjir. Lebih kuah dari nasi. Hehe...
Menurut laman web keluarga, resepi ni pernah viral tau dengan 83 ribu perkongsian di media sosial. Kalau dah 83K perkongsian tu... Bermakna, resepi tersebut mestilah sedap. Betul tak?
Resepi Ayam Masak Kicap Letak Daun Kari
Ok! Untuk membuat ayam masak kicap stail letak daun kari ni, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1 kg ayam yang telah dipotong
Sedikit kunyit
5 biji bawang merah
6 biji bawang putih
Cili ikut kepedasan masing-masing
Sedikit halia
2 batang serai yang telah diketuk
2 sudu sos tiram
kicap manis
Minyak untuk menumis
Daun kari
Kemudian, cara membuatnya pulak...
- Gaulkan ayam yang telah dipotong dengan sedikit kunyit. Kemudian goreng sehingga kekuningan.
- Lepas tu. Tumbuk bahan-bahan seperti cili, halia, bawang merah dan bawang putih. If lambat, boleh je blend. Tapi, Fiza lagi suka kalau ditumbuk. Lagi terasa aroma bahan-bahannya.
- Kemudian, masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ayam. Masukkan serai dan daun kari. Goreng sehingga naik bau.
- Masukkan ayam, sos tiram dan kicap. Gaul sehingga rata. Masukkan air untuk banyakkan kuah. If tak suka kuah, tak perlu tambah banyak sangat air ye. Kemudian, tunggu sampai masak.
Mudah kan?
Kalau ikutkan resepi yang original takde halia, bawang putih dan serai tau. Fiza add-on sendiri untuk hilangkan hanyir pada ayam. So, sedikit derhaka pada resepi berlaku ye. Hehe...
Sedap Tak?
First time masak stail gini berdebar jugak takut tak sedap. Yelah! Sebelum ni, mana pernah buat ayam masak kicap dengan daun kari. Selalu buat ayam masak kari, daging masak kari jela letak daun kari.Walaubagaimana pun, Fiza percaya mesti sedap sebab ada sos tiram. Selalu masak kalau ada sos tiram, takde masalah. Memang rasa tak kan lari. Tak sedap pun, boleh jadi sedap. Setuju sangatlah dengan tuan empunya resepi ni yang mana menurut dia... Sos tiram adalah penyedap makanan.
Tak salah jangkaan Fiza. Bila dah masak... Alhamdulillah, serius sedap. Anak-anak dan suami Fiza pun bagi feedback... Kata sedap.
No wonder la sampai 83K perkongsian di media sosial. Terima kasih kepada empunya resepi. Nanti nak repeat masak letak cili lebih... Mesti lagi sedap. Tadi masa masak tak letak banyak sebab malas nak asing-asingkan untuk anak-anak. Next time kita asingkan.
Alhamdulillah untuk rezeki harini.
#ResepiAyamMasakKicap
#AyamMasakKicapDaunKari
#ResepiMudah
Rujukan :
https://www.keluarga.my/ayam-masak-kicap-ni-memang-terangkat-letak-daun-kari-dan-sos-tiram-rahsia-penyedap-patutlah-viral-hingga-83k/
12 Comments
lebih kurang ayam masak bali ada daun kari. pernah jugak try letak sedap naik bau daun kari tu. daun limau purut pun best
ReplyDeleteOh ye ke. Nanti Fiza try letak daun limau purut pulak. Thanks... ☺️
DeleteNampak sedap ayam kicap tu, Kak Fiza.
ReplyDeleteIn Shaa Allah sedap Jannah. Lagi sedap kalau pedas. Tadi akak buat tahap kepedasan dia biasa-biasa je sebab anak-anak nak jugak... Pun sedap.
DeleteMemang sodap meletops
ReplyDeleteKan. 🤭
Deletehaihhh sedapnyaa. nnti nk cuba lah
ReplyDeleteIn Shaa Allah sedap Busyra. Cuba la. 🤭
DeleteNampak sedap.. lagi sedap ada halia serai bagai kan baru naik wangi dia.
ReplyDeleteNak try la nanti.. Thank yo for sharing
Kan. Sama-sama Aini.
Deletemakan dgn nasi panas memang bertambah ni..
ReplyDeleteTu la Naniey, memang sedap sangat makan dengan nasi panas. 🤭
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.