Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Pucuk Manis atau cekur manis goreng letak telur merupakan salah satu menu makanan tengahari kami anak beranak untuk harini. Orang perempuan, kalau tak tayang makanan tak sah. Betul tak?
Bukan nak riak...
Tapi... Bagi Fiza, ianya satu kepuasan tau bila ambik gambar lauk yang kita sendiri masak. Then, edit... Letak di blog. Sekurang-kurangnya, ia boleh menjadi satu terapi untuk hilangkan rasa bosan.
Puas, seronok bila dapat update blog... Biar pun, masakan yang dikongsikan tu... Simple dan mudah sangat untuk dimasak.
Sebenarnya, di Sarawak... Sayur cekur manis ni dipanggil 'sayur cangkok'. Selain dimasak campur taugeh dan tauhu. Fiza jugak suka masak cekur manis ni dengan telur. Anak-anak Fiza cukup suka kalau masak stail macam ni.
Resepinya?
Cara Masak Cekur Manis Tumis Telur
Kena tahu apa bahan yang diperlukan terlebih dahulu. Antaranya...
- Sayur cekur manis yang telah diramas.
- Cili ikut suka
- 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
- Minyak untuk menumis
- Sebiji telur dan
- Perencah secukup rasa Maggie
Oh! Ya, Fiza tak letak bawang merah ye. Fiza lebih suka masak sayur letak bawang putih je.
Nak masaknya pulak...
- Pertama, panaskan sedikit minyak.
- Kemudian, masukkan cili dan bawang putih yang telah ditumbuk.
- Bila dah naik bau, Pecahkan telur.
- Masukkan sayur, tambah sedikit air dan perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa Maggie.
- Gaulkan sehingga masak.
Mudah sangat. Kan? Siapa suka masak stail macam ni, kita geng. 🤭
Ada orang, dia tak boleh makan cekur manis ni. Katanya boleh menyebabkan pening dan sakit sendi selepas makan. Dalam keluarga Fiza, Mak dan mak mertua Fiza sama-sama tak boleh makan pucuk manis. Lepas makan mesti pening. Bila dah try and error dua tiga kali, kesan yang sama je muncul. Jadi, mereka reject terus.
Korang pulak bagaimana? Ada tak yang tak boleh makan sayur ni?
#ResepiSimple
4 Comments
nampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteHehe... Terima kasih wak.
Deletesedap tapi kamek selalu fail masak tok, selalu cam kurang minyak. siktau siney fail nya. tapi mun org masak nyaman je rasa bah
ReplyDeleteKan. Selalu mun dirik molah, ada Jak sik nyaman nya. Bila orang molah, duh eh mesti nyaman. Apa kenak kah. 🥴
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.