Vakum Tanpa Wayar Jenama PerySmith | Alhamdulillah, ada rezeki lebih Fiza belikan satu lagi gajet untuk mengemas rumah. Kali ni Fiza beli cordless vacuum dari jenama PerySmith. Dah berkali-kali masuk troli Shopee. Akhirnya, Fiza beli jugak 3 bulan yang lepas.
Pendapat Peribadi Tentang PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Xtreme Pro Series XP5
Alhamdulillah, setelah tiga bulan penggunaan Fiza nak buat
sedikit review mengenainya di sini. First thing first, berikut adalah
spesifikasi yang terdapat pada vacuum ni.
Spesifikasi
Vacuum Cordless |
22.2V HD Lithium-Ion Battery Dikuasakan oleh Bateri Litium-Ion HD
22.2V untuk prestasi pembersihan yang optimum dengan masa jalan sehingga 45
minit. |
Detachable
Brush Teknologi
Berus yang boleh ditanggalkan untuk menghilangkan rambut kusut dan serat
berus |
Swivel Steering Rekabentuk tangkas berputar dengan
lancar di sekeliling perabot dan halangan lain di rumah. |
Product
Details Kuasa
Nilai : 120W – 250W Maks Kadar
Voltan : 22.2V Voltan
Pengecasan : 240V ~ 50/60Hz Kelajuan
Motor : 76000 RPM Kuasa
Sedutan : 20, 000 PA Bunyi
: 72 dBA Kapasiti
Tangki Habuk : 1000ml Berat
: 2.38 kg Saiz
: 685×125×275 (mm) Jenis
Bateri : Litium-ion boleh tanggal Masa
Pengecasan : 4-5 jam Masa
Operasi : 25-45 minit |
Waranti 6 Bulan untuk bateri dan aksesori |
Harga vakum ni adalah RM289 plus RM34 untuk postage ke Sarawak ye. Jadi total up dia RM322. Fiza beli color hitam sebab nak match dengan gajet lain dalam rumah, yang mana kebanyakannya terdiri daripada warna kelabu dan hitam. Fiza sejenis tak suka coloring sangat untuk barang rumah. Pendek kata ada tema la.
Pada Fiza, vakum ni sangat bagus. Bagus untuk level rakyat biasa macam Fiza. Beli pun ikut kemampuan. Alhamdulillah, dapat dalam keadaan yang berfungsi dengan baik walaupun jauhnya penghantaran. Fiza beli dengan seller dari Kuala Lumpur. Al-maklumlah, musim convid ni Fiza lebih prefer beli online je. Tak sanggup nak ke hulu ke hilir, semata-mata nak survey harga dan beli.
Setakat Fiza bersihkan satu rumah, bateri boleh tahan sampai 45 minit. Tapi waktu pengecasannya agak lama la, iaitu 4-5 jam untuk penuh. Amaran ye. Vacuum jenis ni, dia tak boleh sedut benda-benda besar seperti cebisan kertas atau plastik. Boleh sedut, tapi nanti akan menyebabkan ruang dalam batang vakum tersekat.
Sebenarnya Fiza beli pun tujuannya adalah untuk sedut habuk di sofa dan karpet je. Nak vacuum satu rumah pun boleh sebenarnya. Tapi, biasanya Fiza akan sapu semua ruang terlebih dahulu. Nanti, vakum pun hanya untuk sedut habuk dan debu-debu halus jela. Rambut gugur, bulu-bulu kucing yang melekat di lantai pun vakum ni boleh sedut sekali. Pendek kata, function dia supaya lantai lebih bersih setelah disapu.
Kemudian, Dia punya penyedut ada roller dan boleh berputar ye. So, boleh masuk bawah meja dan tepi-tepi perabot. Atas siling pun kita boleh bersihkan, sebab batang penyedut dia pun panjang. Pendek kata, ianya fleksible digunakan untuk bersihkan tempat-tempat yang susah untuk kita capai.
Sedutan vakum ni pun so far ok je. Boleh tengok gambar di bawah ni, hasil 3 hari mengemas semua ruang rumah. Banyak kan debu halus yang disedut vacuum ni. Biasanya Fiza akan charged bateri selama 4 jam.
Untuk bunyi pulak, vakuum ni berada di pertengahan la. Nak kata tak bising, tak jugak. Tapi takdelah sampai telinga bingit mendengarnya. So far, so good. Alhamdulillah, membantu sangatla untuk membuang habuk dan debu.
Kesimpulannya, sangat puas hati dengan vakum ni. Harga pun mampu
milik.
6 Comments
Aini minat juga vacuum cordless ni tapi belum rezeki nak beli lagi..
ReplyDeleteKalau beli pun macam fiza la nak vacuum area sofa dan juga habuk2 halus celah2 dinding..
In Shaa Allah nanti ada jugak rezeki Aini untuk memilikinya. So far, setakat ni puas hati la dengan cordless vacuum ni.
Deletebagus review, menarik utk di survey jugak ni
ReplyDeletelama dah suami sibuk nak beli vacuum
Thanks Ann. Fiza rasa kalau beli kat mall rasanya lebih murah.
DeleteBoleh cari juga ni sebab memang mencari vacuum juga. Senang yang cordless. nak gerak situ sini..
ReplyDeleteHa'ah Naniey, terutamanya tempat-tempat yang tak boleh nak kita capai macam siling. Membantu sangat.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.