Musang King Stick Dari Nestle | Baru-baru ni aiskrim musang king yang berbentuk stick menjadi viral di media sosial. Alhamdulillah, semalam berkesempatan jugak Fiza merasa sendiri aiskrim tersebut.
Sebelum Fiza nak cerita dengan lebih lanjut mengenainya. Pertama sekali, Fiza nak bagitau kat mana aiskrim musang king stick tersebut boleh didapati. Rasanya banyak kedai yang menjual. Tak kiralah mall ke, stesen petronas ke, 7 eleven ke... Sebab Fiza pun beli di kedai runcit kawasan kampung je. That why, Fiza berani cakap yang ianya boleh di dapati di mana-mana kedai yang menjual barang makanan.
Kemudian, untuk harga pulak... Sebungkus dijual dengan harga RM6.50. Agak terkejut jugaklah dengan harganya... Macam tak berpatutan pulak dengan saiz aiskrim di dalamnya. Fiza ingat harganya dalam lingkungan RM3 ke 4 ringgit. Rupanya lagi mahal. Mungkin sebab tula kot ramai yang melebalkan aiskrim tersebut sebagai aiskrim kayangan.
Tapi, bila difikirkan balik... Mungkin disebabkan kandungan bahan utamanya yang berasaskan durian musang king kot jadi penyebab. Yelah! Sepertimana yang kita sedia maklum, harga buah durian musang king memang mahal... Tu yang bila ditranformasi menjadi aiskrim pun dijual dengan harga yang mahal. Ada logiknya jugak. Kan?
Reviews Tentang Rasa Aiskrim Stick Musang King
Bab rasa pulak, Fiza rasa lagi sedap aiskrim musang king dalam bekas . Serius! Rasa duriannya lagi teserlah. Bau pun lagi real. Rasanya tak nak beli dah. If teringin pun, Fiza akan beli yang dalam bekas je.
That it's pendapat Fiza tentang aiskrim stick perisa durian musang king dari Nestle. Korang dah cuba?
#AiskrimNestle
#AiskrimMusangKing
#AiskrimStick
8 Comments
Tak pernah cuba lagi aiskrim ni. Hanya baca review orang lain je.
ReplyDeleteTry la Jannah, mana tau kena dengan anak tekak. 😊
Deleteyang ini kot aiskrim musang king yang anak bujang ammi dok cakap ... katanya masa ikut abah gi Pahang hantar bantuan banjir dia nampak aiskrim durian ni..dia ingat nak beli. Sekali harganya RM15 pastu tak jadi sbb dia tak cukup duit. Abahnya dah tungguh dalam kereta.
ReplyDeleteTapi aiskrim fiza ni RM6.50 je..
Mungkin la kot Ammi. Sekarang ni aiskrim stick ni tengah viral. Tak mustahil ada yang ambik kesempatan jual dengan harga yang mahal.
DeleteHa'ah, ramai yang share beli dengan harga RM6.50 setakat ni Ammi.
Durian kayangan, musang king + aiskrim jadi muskrim..
ReplyDeleteHehe... Kan?
DeleteTerkejut jugak dengan harganya. Padahal saiz kecik je.
belum terjumpa kamek sekerim tok, kenek tok anak masih minat makan sekerim magnum so kamek tumpang sekaki juak. ahahaaa
ReplyDeleteKali laku keras Kali mem, ya kitak belum jumpa Kali ya... Sebab time kamek beli ya pun dah tinggal berapa batang gik ya. Tauke kedai madah laku aiskrim tok.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.