Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Sebelum Fiza bercerita lebih terperinci mengenai rokok dan kesannya. Terlebih dahulu Fiza nak kongsikan pengalaman peribadi Fiza tentang bapak Fiza yang merokok hampir 40 tahun dah. Dia pernah cuba untuk berhenti merokok, sebab mak pun sejenis yang tak tahan akan bau asap rokok. Namun, usahanya langsung tidak membuahkan hasil. Jadi, sampai sekarang dia masih lagi merokok dan masih mencuba untuk berhenti merokok. Dalam keluarga Fiza hanya dia, abang sulung dan dua orang adik ipar sahaja yang merokok.
Dulu, sebelum pindah masuk rumah sendiri. Fiza duduk serumah dengan mak bapak Fiza. Masa tu Fiza takde anak lagi, takdela kisah sangat. Walaupun tak tahan bau rokok, tapi takdelah mengalami sebarang masalah.
Bila Fiza dah ada anak. Masa tu Alia umur 2 tahun, dan Ain pulak baru lahir. Apa yang Fiza perasan, hampir setiap bulan Kak Alia mesti batuk dan demam. Bila Ain menginjak usia 6 bulan ke atas pun sama. Setiap bulan, mesti mereka akan demam dan batuk. Setiap kali bila di bawa ke hospital soalan yang sering diajukan oleh doktor, ada tak ahli keluarga yang merokok. Menurut doktor, salah satu punca yang boleh menyebabkan batuk dan demam adalah disebabkan oleh asap rokok.
Walaubagaimana pun, bila dah tinggal di rumah sendiri hampir 2 tahun, Fiza perasan yang anak- anak Fiza takde pun demam dan batuk. Macam magic pulak kan. Tapi itulah hakikatnya, kebenaran yang kita kena terima bahawa rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri diri. Malah akan memberi kesan kepada orang lain juga. Terutamanya yang tinggal bersama dengan kita.
Tahukah korang?
Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kadar pernafasan kanak-kanak pula adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50. Maknanya, dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa. Bayangkan sebatang rokok dibakar, perokok akan melepaskan lebih 7 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya. Kalau dah setiap hari terdedah dengan asap rokok, dah berapa banyak bahan kimia yang telah disedut. Kan?
Kandungan Rokok Sehingga Boleh Membahayakan Kesihatan
Jadi, apakah kandungan rokok dan kesan merokok kepada orang sekeliling. Marilah kita sama-sama lihat kandungan rokok untuk mengetahui mengapa ianya begitu berbahaya. Untuk pengetahuan bersama, terdapat 7000 bahan kimia yang terkandung di dalam rokok dan sebanyak 70 bahan yang dikenali menjadi punca kanser.
Berdasarkan kajian, rokok menyala pada suhu 350 darjah Celcius dan membakar sehingga 900 darjah Celcius apabila pembakaran (burning/combustion) rokok berlaku. Suhu tinggi inilah yang dikatakan akan mengeluarkan asap yang mencetuskan penghasilan 7000 bahan kimia.
Nikotin adalah bahan kimia semulajadi di dalam tumbuhan tembakau. Apabila tembakau dibakar, nikotin dikeluarkan melalui asap. Ia merupakan bahan kimia yang bertanggungjawab menyebabkan perokok ketagihan merokok.
Secara amnya, nikotin akan meransangkan pengeluaran dopamin dalam otak. Dopamin adalah hormon yang menyebabkan seseorang perokok merasa gembira dan teruja. Jadi, semakin lama seseorang itu merokok, maka semakin sukarlah untuk dia tinggalkannya. Apabila keadaan ini berlaku, lambat atau cepat perokok akan mengalami masalah kesihatan kerana bukan sahaja nikotin yang terkandung di dalam rokok, malah banyak lagi termasuklah tar.
Tar merupakan zat kimia dan partikel padat yang dihasilkan ketika rokok dibakar (burning). Ia merupakan bahan melekit yang berwarna coklat dan terkandung di dalam asap rokok. Apabila disedut ke dalam saluran pernafasan, tubuh akan mengalami pelbagai rangsangan yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan perokok dan orang sekeliling.
Seram kan bila melihat kesan pembakaran rokok ke atas perokok aktif.
Tapi, tahukah korang asap rokok juga merbahaya kepada perokok pasif. Perokok pasif ialah apabila seseorang yang tidak merokok menghidu atau menyedut asap rokok yang dihasilkan oleh perokok aktif tanpa disedari. Kesannya sama seperti yang dialami oleh perokok aktif. Bahaya kan?
Alternatif Untuk Berhenti Merokok, Hulurkan Tangan Demi Kebaikan Bersama
Berhenti daripada merokok bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun Fiza percaya bila kita bersedia untuk berubah, tak mustahil kita boleh melakukannya.
Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk membantu orang yang tersayang untuk mengurangkan kemudaratan supaya kesihatan kita juga turut terjaga?
Langkah awal, Perokok tegar boleh mengurangkan rasa ketagihan merokok dengan cara lain seperti menggantikan rokok tembakau dengan produk rokok elektronik atau alternatif lain seperti produk heated tobacco product (HTP) dan patch nikotine yang bebas asap rokok. Ia boleh mengurangkan pencemaran udara sekaligus dapat membantu perokok untuk memgurangkan kemudaratan.
Tetapi, untuk kes bapak Fiza. Sebagai ahli keluarga, kita seharusnya memainkan peranan dan jangan sesekali pinggirkan mereka sebaliknya hadirlah dengan nasihat yang membina dari semasa ke semasa.
Fiza dan adik-beradik pun banyak menasihatkan bapak supaya berhenti merokok. Kalau dulu, dia boleh menghabiskan berkotak-kotak rokok dalam masa seminggu. Alhamdulillah, bila mengalami batuk dia mula mengurangkan bilangan kotak rokok. Sekarang dalam seminggu hanya sekotak sahaja. Selain itu, dia jugak akan merokok jauh dari kami. Sekarang dia dah tak lagi merokok di dalam rumah. Bila nak merokok je, dia akan pergi ke halaman rumah.
Semuanya dek kerana nasihat yang diberikan. Fiza doakan semoga suatu hari nanti bapak Fiza mampu berhenti daripada merokok sepenuhnya.
Secara umumnya, artikel ini ditulis atas nasihat daripada HAA dan jugak hasrat Fiza sendiri untuk memberikan lebih banyak maklumat kepada orang awam agar kita sama-sama ambil peduli tentang tabiat merokok terhadap perokok dan jugak orang sekeliling.
Rujukan
https://www.doctoroncall.com.my/health- centre/berhenti-merokok/kandungan-rokok. https://www.alodokter.com/9-kandungan-rokok- yang-berefek-mengerikan-untuk-tubuh. https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43- bahaya-merokok.html. http://myquit.usm.my/index.php/ms/ketahui- fakta/ketahui-bahaya-asap-rokok-basi. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/ 12/766673/kaedah-pengurangan-kemudaratan- tembakau-alternatif-berhenti-merokok.
2 Comments
tak suka betul dengan bau rokok... dlm family yg merokok 2 org abg bila ditegur boleh pulak depa tukar isap vape (tapi merokok juga kadang2) haih la.. thanks 4 sharing kak fiza!
ReplyDeleteKan... Menyesakkan nafas.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.