Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Pengalaman Mengambil Booster Dose Untuk Vaksin Pfizer | Last Fiza ambik dose kedua Pfizer adalah pada 21 Ogos 2021. Kemudian minggu lepas, Fiza dapat mesej tarikh untuk janji temu booster dose. Ia dijadualkan pada 20 Januari 2022, iaitu seminggu yang lepas. Untuk dos penggalak ni, Fiza tak mohon pun. Apa yang Fiza lakukan hanyalah dengan refresh balik status di Mysejahtera dan tunggu sahaja.

Lagipun pada Fiza, tak susah pun sekarang ni... Boleh walk-in dah. If dah bersedia, tempoh dah cukup untuk ambik... Walk-in je, senang!. Nanti di PPV, dorang akan update balik Mysejahtera kita. That why, before balik kena pastikan maklumat vaksinasi kita dah pun dikemaskini. Penting! Sebabnya ada yang dah balik rumah, baru perasan status di Mysejahtera takde vaksin lagi. 

Ok! Kita sambung balik cerita...

Sepatutnya masa untuk Fiza ambik booster dose adalah pukul 11.30 pagi. Memandangkan takde pengangkutan, Fiza terpaksa tunggu encik suami balik dari sekolah.

Selesai makan tengahari, solat apa semua... Kami terus gerak. Anak-anak semua Fiza bawak. Satu, sebab Nur Dhia masih lagi menyusu badan. Kedua, Alia dan Ain kena jugak ikut. At least, bila ada kakak... Takdelah Nur Dhia meragam masa menunggu dalam kereta. Before pergi, kita kena pastikan...

  1. Bawa kad kesihatan ye, terutamanya bagi mereka yang ada masalah kesihatan.
  2. Kemudian, kena jugak bawak kad vaksin sebelumnya. Penting supaya pihak yang berkaitan boleh check samada kita dah boleh ambik booster ke tidak. If takde atau hilang, kena tunjukkan aplikasi Mysejahtera kepada pegawai yang bertugas.
  3. Last sekali, kad pengenalan. Benda paling penting. Kalau takde, memang bermasalahlah jawabnya.

Sampai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Rentap, Betong... Allahu Akhbar... Ramai betul pekerja asing Indonesia datang. Nasib baik Fiza cepat-cepat scan suhu dan Mysejahtera Fiza. Lepas tu terus berbaris.

Covid-19

Alhamdulillah, rezeki dipermudahkan. Dapatlah nombor giliran yang ke-58. Syukur sangat... Warganegara Malaysia diutamakan. So, tak lamalah Fiza menunggu. Lebih kurang 15 minit macamtu dah boleh masuk dewan untuk ambik dos penggalak.

Prosedur untuk mendapatkan dos penggalak sama je macam kita ambik dos 1 dan 2. Jadi, tak payahla ye Fiza nak cerita details part tu. Nak tahu prosesnya bagaimana, bolehla baca post Fiza sebelum ni di link di bawah yeah! 🤭

Baca Juga : Prosedur pengambilan dos pertama vaksin di PPV

Seminggu Selepas Mengambil Dos Pengalak Pfizer

Pada mulanya, Fiza risau jugak nak ambik booster dose sebenarnya. Yelah! Bermacam-macam cerita tak enak kita dengar dari medsos pasal booster dose kan. Jadi, perasaan takut tu pasti ada.

Adala jugak bersuara dengan encik suami yang Fiza tak nak ambik booster dose buat sementara waktu. Kiranya nak tangguhla janji temu tersebut. Lagi pun, bila-bila masa dah bersedia, boleh je walk-in di klinik kesihatan berdekatan. Tahu tak apa encik suami jawab...

Takut ke?

Ingat! Vaksin adalah ikhtiar, kita kena percaya pada yang pakar. Selebihnya kita berserah pada Allah. Hanya DIA yang Maha Mengetahui dan terbaik buat kita. Relax dan tenang je. Buat macam takde apa-apa.

Dengan kata-kata encik suami tula datangnya keberanian Fiza untuk ubah keputusan. Sedar-sedar, Fiza dah selesai ambik dos penggalak. Hehe...

Alhamdulillah, sebagai ibu menyusukan anak... Selepas seminggu ambik vaksin. Fiza hanya mengalami kesan sampingan lenguh di bahagian suntikan sahaja. Disebabkan sakitnya tak melarat dan hilang dalam masa dua hari... Fiza tak ambik pun paracetamol. Kemudian, penyusuan Nur Dhia pun tak terganggu. Pendek kata, so far so good. Semoga hari-hari yang mendatang pun begitu jugaklah hendaknya. Aamiin...

Oh! Ya, mak ayah Fiza pun dah ambik dos penggalak. Dorang ambik sehari sebelum Fiza ambik. Dorang sama macam Fiza, dari dose pertama sampaila dos penggalak... Semua Pfizer. Alhamdulillah, walaupun usia dorang dah 70 lebih... Syukur, masih lagi diberikan kesihatan yang baik. Tak ada mengalami sebarang kesan sampingan pun selepas ambik booster dose

Alhamdulillah, haritu adik balik bercuti... Semenjak pandemik haritu, lama dah tak balik. Dua tahun kot di Johor dok oncall rawat pesakit covid. Akhirnya berkesempatan jugak dia balik. Sempatla monitor kesihatan mak ayah lepas ambik vaksin. Adik pesan, before ambik vaksin... Kena berehat dengan cukup. Jangan buat kerja-kerja berat. Makan makanan berkhasiat. Minum kena cukup. Begitu jugak selepas vaksin. 

Alhamdulillah, semua ahli keluarga Fiza dah ambik booster dose. Begitu jugak belah mertua Fiza. Korang bagaimana, dah ambik belum?