Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Suamiku Lelaki Pendosa | Drama bersiri 28 episod kini menghiasi slot Samarinda TV3. Fiza peminat lakonan Aaron Aziz. Kemudian, ada pulak wanita cantik seperti Sophia AlBarakbah digandingkan dengan Aaron Aziz. Apalagi, Fiza jadi tak sabar nak layan drama ni. Lagipun, bila baca sinopsis. Macam menarik pulak jalan ceritanya.
So far, Fiza tak pernah lagi ketinggalan mengikuti drama ni. Baru 6 episod. If korang tak sempat nak layan, rasanya ada je telegram yang share videonya. Just cari dengan kata kunci drama suamiku lelaki pendosa, confirm! Jumpa. Hehe. Salah satu link untuk menonton drama ni di telegram adalah https://t.me/DramaKHMB2021. Tapi tak pasti, berapa lama boleh available yeah! 😄
Lately, Fiza layan movie di telegram je. Tu pun kalau ada masa yang terluang. Kekadang satu movie yang 10 episod je pun sampai dua minggu Fiza layan. Haha...
Okeh! Berbalik pada point utama...
Untuk First episod, pada Fiza ia merupakan episod pengenalan kepada watak yang dibawa oleh setiap pelakon. Pendek kata, kita didedahkan dengan watak dan fungsi mereka dalam drama ni. Antaranya, Cahaya Malaika (Sophia AlBarakbah) dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Encik Firdaus (Fauzi Nawawi) dan Puan Wahidah (Aleza Shadan). Cahaya sangat rapat dengan kakaknya, Anggun Dania (Shima Anuar). Cahaya bertunang dengan lelaki pilihannya, Nik Safri (Kael).
Namun malangnya, dalam episod 2 pulak... Pertunangan mereka diputuskan selepas rahsia identiti Cahaya terbongkar. Malahan, Cahaya juga dihina oleh Nik Safri sebagai anak tak sah taraf. Sehubungan itu, hubungan Anggun dan Cahaya dengan ibu mereka jugak menjadi renggang. Cahaya masih boleh berlapang dada dan berusaha untuk menerima takdirnya. Dia juga memujuk dan memberi semangat kepada ibunya yang sedang bermurung.
Nik Safri masih lagi menganggu Cahaya dalam episod 3 sehingga Cahaya dipertemukan dengan Dean Ilyas (Dato’ Aaron Aziz) yang bertindak sebagai hero untuk menyelamatkan Cahaya daripada terus disakiti oleh Nik Safri di kedai makan. Dean merupakan lelaki yang berbudi bahasa dan mempunyai auranya tersendiri. Walaupun hakikatnya dia ada skandal di luar.
Disebabkan perkara tersebut jugaklah, ibu Dean Ilyas terpikat dengan Cahaya dalam pertemuan mereka di majlis reunion Abah Cahaya. Rupanya ibu Dean Ilyas satu sekolah dengan abah Cahaya. Semuanya berlaku dalam episod 4. Dalam masa yang sama jugak Safri masih lagi menganggu Cahaya. Actually, dia masih sukakan Cahaya. Namun, apakan daya mama Safri tak mahu menerima Cahaya sebagai menantunya.
Dalam episod 5, ibu Dean menjemput keluarga Cahaya untuk makan tengahari di rumah mereka. Dari situlah ibu Dean ingin menyatakan hasrat untuk menyatukan Cahaya dan Dean. Namun, belum menemui kata putus. Pendek kata, dalam episod ni dorang cuba untuk kenalkan anak masing-masing. Anggun pulak dalam episod ni asyik tak sebulu je dengan bosnya. Orang kata macam tikus dengan kucing. Selalu kalau kita suka gaduh-gaduh, yang tula nanti akan jadi jodoh. Betul tak?
Manakala untuk last episod minggu lepas, sebelum kita pergi ke episod 7 malam ni... Nik Safri sepertinya tak terurus. Dia masih tergila-gilakan Cahaya sampai sanggup mengintai Cahaya dari luar rumah. Dalam masa yang sama, mamanya ingin kenalkan Safri dengan anak kawan mamanya.
Selain itu, Keluarga Dean turut datang ke rumah keluarga Firdaus. Mereka datang untuk meminang Cahaya. Setelah berbincang akhirnya keputusan telah dibuat. Cahaya sah menjadi tunangan Dean.
Suatu hari, Dean cuba bawa Cahaya keluar berdua. Tapi, Dean dingin malah asyik layan handphone je. Episod 6 berakhir dengan scene di mana Dean menghantar Cahaya ke Johor atas urusan kerja. Di situ, Cahaya sempat menyatakan sesuatu pada Dean. "Berjauhan lebih baik, adakah rindu akan muncul di kala kita berjauhan". Dean menyambut kata-kata Cahaya dengan respond yang sinis.
That it's antara kisah di sebalik episod 1 hingga 6 suamiku lelaki pendosa. Nak tahu kisah seterusnya, In Shaa Allah nanti bila ada kelapangan Fiza akan update lagi okeh!
Thanks kerana sudi baca. 😄
#SlotSamarindaTV3
#SuamikuLelakiPendosa
3 Comments
macam menarik jalan ceritanya, nanti ada masa nak tengoklah
ReplyDeleteSo far setakat ni best la jalan ceritanya, lagi best nanti bila Cahaya Dan Dean berkahwin. Fasa, Dean lebih dingin dengan Cahaya. Nak tengok macam mana Cahaya boleh ambik hati Dean. Ala² bercinta lepas kawin gitu. 🤭
Deletetak tengok lagi..tapi tengok kat trailer, expression Aaron Aziz ni macam hmmmm...macam kayu je
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.