Assalamualaikum,
Selamat Tengahari.

Episod 7 Suamiku Lelaki Pendosa | Sambungan kisah episod 6. Semalam sempat jugak layan episod 7. Dalam episod tersebut, Abah Cahaya telah mengambil keputusan untuk berterus terang tentang status Cahaya kepada Dean. Dia tak nak pisang berbuah dua kali. 

Walaubagaimana pun, Dean menerima Cahaya dengan hati yang terbuka. Mereka akhirnya diijabkabul di satu majlis tertutup di Jabatan Agama Islam berwalikan hakim.

Di satu sisi lain pulak, Nik Safri kecewa apabila menerima berita pernikahan Cahaya dengan Dean. Dia menyalahkan maminya kerana telah memutuskan tali pertunangannya dengan Cahaya.

Suamiku Lelaki Pendosa TV3

Dalam masa yang sama, Balqis... Cousin Dean turut rasa tak puas hati dengan pernikahan Dean. Al-maklumlah, Balqis sangat sukakan Dean. Tapi, Dean pulak sebaliknya. Dalam episod ni jugak muncul watak mak saudara Balqis bernama Mak Bibi (Ieda Moin) yang suka jadi batu api. Ada je yang tak kena Datin Junaidah di mata dia. 

Suamiku Lelaki Pendosa TV3

Episod 7 berakhir dengan hambar. Fahamkan bila dah kawin pastinya malam pertama itu menjadi dambaan setiap pasangan. Namun, tidak bagi Dean. Dia membiarkan Cahaya tidur disebelahnya tanpa sebarang kata. Tiba-tiba Cahaya terbangun sebaik sahaja Dean memadamkan lampu meja disebelahnya. Kisahnya berakhir di situ. Nak tonton online, berikut url link telegram nya yeah!

https://t.me/DramaKHMB2021

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah hari-hari yang dilalui Cahaya semakin suram. Kena tunggu next episod malam ni semestinya jam 10 malam di Slot Samarinda TV3

#SlotSamarindaTV3
#SuamikuLelakiPendosa