Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Aiskrim Mochi Boba merupakan aiskrim terbaru keluaran Nestle dan ianya dijual dengan harga RM3.50 sebungkus. Boleh didapati di mana-mana kedai berdekatan dengan kediaman masing-masing yeah.

Produk Nestle

Ia merupakan aiskrim yang menggabungkan keunikan rasa kuih Mochi dan boba, di mana lapisan luarnya terdiri daripada lapisan kulit Mochi yang lembut dan kenyal. Manakala di dalamnya pulak berintikan boba gula perang. Siapa pernah makan Mochi, pasti dapat membayangkan akan rasanya.

Apa itu Mochi? Mochi Diperbuat Daripada Apa?

Sebelum Fiza mengulas lebih lanjut mengenai aiskrim ini, terlebih dahulu Fiza nak kongsikan jugak sedikit info mengenai Mochi. Apakah makanan yang dipanggil Mochi sebenarnya? Mochi berasal dari mana?

Dengar pun macam pelik je bunyi kan. Actually, Mochi adalah sejenis kuih tradisional masyarakat Jepun yang dihasilkan menggunakan tepung beras pulut dan diletakkan inti pes kacang merah di dalamnya. Ia lazimnya dihasilkan dalam bentuk bulat.

Di Jepun, secara tradisinya Mochi dibuat pada petang tahun baru dengan menumbuk beras pulut yang telah dikukus sehingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.

Namun, dengan permintaan dan trend pengguna yang berubah mengikut peredaran zaman... Kini ianya bukan sahaja dihasilkan dan dimakan pada masa tahun baru, malah kini ianya telah dikomersilkan dalam pelbagai versi. 

Reviews Aiskrim Mochi, Sedap Ke Tak?

Sebenarnya dah lama teringin nak beli, tapi asyik takde stock memanjang. Waubagaimana pun, Alhamdulillah rezeki kami... Semalam encik suami berjaya belikan untuk kami. Sorang dapat sebungkus. Cuma Cik D jela takde. Hehe...

bila unboxing...

Dalam hati terus terdetik, macam tak sedap je. Macam tak kena je gabungan Mochi dan boba? Argh! Sudah. Macam-macam pulak yang Fiza fikirkan. Dulu, Fiza pernah sekali makan Mochi ni. Tapi dalam versi kuih Mochi berintikan kacang. Sedap sangat. Kali ni, makan mochi dalam bentuk yang lain pulak di mana Mochi dalam bentuk aiskrim berintikan boba. Duh! Memang tak boleh nak fikirkanla, macam mana rasanya. Haha...

Aiskrim

Bila Fiza gigit je aiskrim ni, Allahu Akhbar... Rasanya tak menepati selera anak tekak Fiza. Pendek kata, tak sedap lansung bila ditranformasikan dalam bentuk aiskrim. Lepas tu pulak inti dia memang tak sesuai. Kalau inti lain seperti durian ke, maybe la kot boleh terima. 

Walaupun pembungkusan aiskrimnya tersangatlah lawa, tapi Fiza tetap tak boleh terima akan rasanya. Jadi, kesimpulannya... Fiza tak akan repeat beli aiskrim ni lagi kot. Cukuplah sekali... Itu based on pandangan peribadi Fiza lah ye. Lain orang, lain citarasa. Mungkin bagi Fiza ianya tak sedap, tapi bagi orang lain pulak sedap. So, masing-masing ada pandangan masing-masing. 

Korang dah cuba aiskrim Mochi boba ni? Jom kongsikan pendapat tentangnya di ruangan komen.