Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Drama Jangan Menangis Cinta, merupakan megadrama terbaru adaptasi novel karya Siti Rosmizah yang mana akan disiarkan di slot Megadrama Astro Ria 104 pada 21 Mac 2022.

Drama arahan Raja Mukhriz ini juga akan diterajui oleh Remy Ishak dan Amyra Rosli sebagai watak utama. Berikut info ringkas mengenai drama ini.

Megadrama Astro Ria

Jangan Menangis Cinta
Episod : 40
Tarikh Tayangan : 21 Mac 2022 
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian : MegaDrama Astro Ria
Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ini adalah seperti berikut :- 

Remy Ishak sebagai Zafran
Amyra Rosli sebagai Riyana 
Halim Radzi sebagai Hariz
Rita Nadira sebagai Dina
Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
Atilia Haron sebagai Amirah 
Hawra sebagai Cinta Aryana
Hilal Azman sebagai Pak Nordin

Sinopsis Jangan Menangis Cinta

Jangan Menangis Cinta mengisahkan tentang Riyana, seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja. Apakah kesudahannya, sama-sama kita tunggu masa tayangannya nanti. Okey! 😉

Selamat menonton semua.

#MegadramaAstroRia
#SayangTakDikenang