Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Siapa dah tengok drama layangan putus pasti tahu jalan ceritanya bagaimana. Ia mengisahkan tentang bagaimana rumahtangga Kinan (Putri Marino) dan Aris (Reza Rahadian) runtuh akibat hadirnya orang ketiga dalam hubungan mereka.
Untuk menonton drama ni, suka Fiza nak ingatkan... Lebih baik menonton tanpa anak-anak kerana terdapat 'adegan di ranjang' turut dipaparkan... Walaupun scene'nya takdelah banyak. Okeh!
Actually, drama bersiri 10 episod ini pernah viral di social media. Malah, ianya jugak turut trending di beberapa buah negara termasuklah di Malaysia. Dramanya sangat menyakitkan hati, situasinya sangat dekat dengan masyarakat. That why, ramai yang suka menonton drama bersiri ini.
Fiza dah lama settle menonton episod penuh drama ni. Cumanya tak berkesempatan untuk berkongsi pandangan dan ulasan mengenainya lebih awal di sini.
Actually, ia merupakan sebuah drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel. Ia menceritakan tentang kisah benar yang berlaku ke atas seorang wanita Indonesia, bernama Mommy ASF. Walaubagaimana pun, dalam drama ini terdapat sedikit kelainan ceritanya daripada kisah sebenar. Pendek kata, plot ceritanya sedikit diolah agar memberi lebih impak emosi kepada para penonton.
Bila menonton drama layangan putus... Emosi kita jugak akan turut terseret sama di setiap episod. Geram sampai terkeluar 'makian', sedih sampai kita jugak turut menangis dibuatnya... Namun, Puas!!! Semua perasaan itu timbul sehingga ke pengakhiran cerita. Pendek kata, cukup cantik perjalanan ceritanya sehingga mampu menyentuh emosi para penonton.
Kisah Di Sebalik Layangan Putus
Ya! Pada mulanya, seronok sangat melihat kebahagiaan Aris dan Kinan. Bertuahnya Kinan punyai suami dan anak yang begitu baik. Setia dengan isteri sampaikan kita yang menonton pun tersenyum bila melihat scene betapa romantiknya Aris dengan Kinan. Boleh dikatakan, Semuanya lengkap. Lansung takde yang kurang.
Tapi, siapa sangka... Semuanya berubah menjadi sebuah kisah yang memilukan.
Konflik mula diperlihatkan, di mana Aris begitu 'mesra' dengan Miranda (Frederika Cull) sehingga kita yang menonton pun akan beranggapan, bahawa Mirandalah kekasih gelapnya.
Aris dan Lidya |
Namun, Agak mengejutkan. Rupanya Aris curang dengan perempuan lain yang bernama Lydia (Anya Geraldine). Bagaikan tak percaya. Seorang lelaki yang begitu 'perfect' di mata isteri, rupanya curang di belakang.
Hari demi hari, Kinan mulai nampak akan perubahan pada Aris yang suka menipu, sukar untuk dihubungi dan selalu balik lewat. Alasannya cuma satu, asyik sibuk memanjang dengan kerja-kerja di pejabat.
Makin bertambah teruk bila Kinan terjumpa anting-anting di dalam suit kepunyaan Aris. Kawan-kawan Kinan jugak turut mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kinan dan suaminya.
Kinan hadapinya dengan tenang. Walaupun hakikatnya dia mulai curiga dan sedih. Dia cuba menelefon pejabat untuk bertanyakan sama ada Aris betul-betul berada di pejabat atau tidak. Begitu jugak dengan kawan-kawan Aris. Ternyata Aris membohongi Kinan. Kinan cuba mencari bukti. Saban hari bukti yang ditemui hampir tepat. Namun, Kinan tetap kelihatan seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Rahsia Aris curang dengan Lydia akhirnya terbongkar apabila Aris membawa Lydia bercuti di Cappadocia, Turkey.
Kinan semakin ligat mencari bukti kecurangan Aris dengan bantuan kawannya yang jugak seorang peguam. Akhirnya, Kinan tahu ke mana perginya Aris. Kinan begitu marah.
Kinan yang sedang hamil anak kedua mulai terkesan dengan berita kecurangan Aris sehingga menyebabkan dia keguguran.
Part inilah yang membuatkan Fiza semakin geram sangat dengan Aris. Sakit hati hinggakan tiap kali menonton... Setiap kali tu jugak Fiza tak habis-habis memaki Aris dan Lydia. Kalau depan mata Fiza... Fiza hempuk! Si Aris tu. Bagaimana Aris boleh curang, sedangkan Kinan begitu baik menjaga dia dan Raya. Sedih sangat melihat keadaan Kinan yang kehilangan anak yang dikandungnya tau...
Tapi di saat Kinan tertekan, sahabat karibnya hadir memberi sokongan dan dorongan. Walaupun Aris memohon maaf ke atas apa yang dah berlaku. Namun, Kinan sudah hilang kepercayaan terhadap Aris.
Sahabat baik Kinan : Andre, Dita dan Lola |
Akhirnya...
Kinan diberi kekuatan untuk membongkar lagi rahsia kecurangan Aris dengan bantuan sahabat baiknya, Lola. Di lobby penthouse Lydia, Aris berterus-terang tentang hubungan sulitnya dengan Kinan setelah Kinan berjaya menemui mereka berdua bersama.
Setelah Kinan mengetahui semuanya. Lydia semakin berani menuntut haknya, sedangkan dialah 'perampas' yang kelihatan seperti tidak tahu malu. Sanggup datang berjumpa dengan Kinan untuk meminta restu dia dan Aris.
Kinan dengan ikhlas, membenarkan Lydia berkahwin dengan Aris... Sebab Kinan tahu, mereka bukan sahaja berzina di penthouse milik Lydia. Malah Kinan tahu mereka jugak melakukan 'hubungan intim' di rumahnya.
Kinan nekad untuk berpisah dengan Aris setelah dinasihati oleh sahabat baiknya. Kinan akhirnya berjaya mencari bahan bukti sewaktu Lydia jatuh sakit. Bahan bukti itulah menyebabkan Aris terkedu dan terdiam.
Kisahnya berakhir dengan penceraian di antara Kinan dan Aris. Hak penjagaan Raya jugak turut jatuh ke tangan Kinan.
Puas! Hati. Padan muka. Kan?
Kinan dan anaknya, Raya |
Kesimpulannya
Walaupun hanya 10 episod, Drama ini sangat menarik untuk ditonton. Pada Fiza, setiap pelakon drama ini berjaya membawa watak masing-masing. Lakonan mereka sangat hebat. Selain itu, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari drama ini. Antaranya :-
- Suami tidak sepatutnya membiarkan isteri bersendirian menguruskan anak dan rumahtangga. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk kita tidak meluangkan masa bersama keluarga.
- Sebagai suami, fikirlah sebelum memilih untuk curang. Ini kerana, sekali kepercayaan si isteri di khianati. Pasti buruk padahnya.
- Sebagai wanita jugak, kita kena menyayangi diri sendiri terlebih dahulu daripada menyayangi orang lain. Kita kena pertahankan harga diri supaya tidak mudah diperkotakkatikkan oleh orang lain.
- Sebagai orang ketiga dalam hubungan orang lain... Fikirlah sebelum meneruskan perhubungan... Kerana tak semuanya indah dan mungkin apa yang telah kita lakukan akan berbalik semula kepada diri sendiri. Kena ingat tu.
- Di kala kesedihan, Kita jugak perlukan kawan untuk mendengar permasalahan yang kita hadapi. Dalam drama ini, semua sahabat Kinan telah menunjukkan nilai positif yang sepatutnya ada pada seorang kawan. Memberi dorongan, tetapi bukan pemberi kata putus. Di sini Kinan mampu membuat keputusan yang terbaik setelah menilai pelbagai pendapat dari kawannya. Itulah nilai persahabatan yang sebenar.
Overall, Fiza bagi 8/10 untuk drama ni. Menarik sangat. Tahniah!
Bagi yang belum berkesempatan layan drama ni. Bolehla menonton episod 1 hingga 10 di weTV. Tak pun di link telegram berikut : https://t.me/LayanganPutusEpisod
Selamat menonton. Terima kasih semua kerana sudi singgah di sini. Tanpa korang, sunyilah blog Fiza.
#Reviews
#DramaBersiriIndonesia
#LayanganPutus
2 Comments
Drama kisah benar selalunya akan buatkan penonton sakit hati. Pedih untuk diterima walaupun itu lah realitinya.
ReplyDeleteYup! Pendek kata drama ni membuatkan kita beremosi.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.