Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Dua hari lepas, merupakan hari terakhir kuarantin bagi Fiza. Encik suami dan anak-anak masih lagi berbaki 2 hari. So far, kami hanya mengalami simptom ringan sahaja kecuali Nur Dhia. So, blogpost kali ni Fiza nak share bagaimana kami terkena jangkitan dan apa yang dilakukan sepanjang tempoh kuarantin.

Kisah

Kisahnya...

Kronologi Terkena Jangkitan

Last two weeks, masa nisfu syaaban. Adik Fiza yang tinggal di Kuching balik kampung. Mereka stay di rumah my mom. Tiba-tiba pulak mereka 5 beranak demam pada malam mereka sampai. 

Tengah hari berikutnya, mak call Fiza ajak makan malam kat rumah. Dia ada jugak cerita yang adik dan anak-anaknya demam. Mak kata dorang dah buat RTK. Tapi negatif. So, Fiza pun pergilah rumah mak. Sampai rumah mak, bila tengok adik selsema dan batuk... Fiza jadi rasa tak sedap hati. Fiza bagitau la mak, lepas habis masak Fiza balik jela. Makan kat rumah je. Masa tu pun dah nak maghrib. Mak iye kan jelah.

3 hari lepas tu, adik Fiza yang sorang lagi tinggal dengan mak mula tak sedap badan. Pening kepala dan mula sakit tekak. Bila buat RTK, positif! Dia pun mesej Fiza bagitau yang dia kena kuarantin. Masa tu Fiza dah start risau jugak sebenarnya. Tapi, masih lagi berfikiran positif sebab kami stay rumah mak tak lama pun masa tu.

Nak dijadikan cerita, petang 19hb... Fiza dan Alia dah start sakit tekak. Maybe disebabkan cuaca panas sangat kot. Jadi Fiza malaslah nak fikir negatif. Lagipun tak demam. Kan?

Pada malam 20hb... Tiba-tiba Nur Dhia yang lena tidur kelihatan mengigil seperti hampir sawan. Bila check suhu, takde pulak panas. Nasib baik masa tu Fiza tak tidur lagi. Jam masa tu pukul 11 malam. Fiza angkat Nur Dhia, encik suami kejutkan Alia Dan Ain. Capai kad kesihatan Nur Dhia terus ke klinik. Dalam kereta Fiza tak habis-habis berzikir dan urut seluruh badan Nur Dhia. Nasib baik tak lama dia mengigil. 

Positif Covid-19

Sampai klinik encik suami call MA yang oncall. Bila dah dengar keterangan dari Fiza, MA yang bertugas pun buat RTK kat Nur Dhia. Sah! Nur Dhia positif Covid. MA bagitau yang Covid jugak boleh menyebabkan sawan. Kena monitor betul-betul. 

Memandangkan Nur Dhia ok je, kami dibenarkan pulang dan dibekalkan dengan Panadol syrup... Tapi, Kami yang tinggal serumah kena datang balik keesokan paginya untuk buat sweb test

Semalaman Fiza tak tidur. Nur Dhia asyik mengempeng dan tak mahu dilepaskan. Sambil monitor suhu badan Nur Dhia, sambil tu jugak Fiza check Alia... So far, Alia takde demam. Just sakit tekak sahaja. Masa tu Fiza pulak start rasa tekak seperti kena toreh. Minum air kosong sampai 1 liter. 

Paginya, kami berlima sekali lagi ke klinik kesihatan... Disebabkan takde simptom, Nur Ain dan encik suami tak perlu buat sweb test. Encik suami fully vaccinated, jadi dia tak perlu kuarantin. Tapi, kena buat RTK setiap kali keluar rumah selagi orang di rumah masih kuarantin. Nur Ain pulak, disebabkan baru first dose vaksin dan tak bergejala... Kena jugak kuarantin selama 7 hari.

Manakala Fiza dan Alia pulak kena buat sweb test sebab bergejala... Dan keputusannya, seperti yang dijangkakan... Memang positif. So, Fiza kena kuarantin 7 hari. Alia dan Nur Dhia 10 hari... Sebab takde vaksin dan tak fully vaccinated

Bila disahkan positif Covid, benda pertama kena buat... Bertenang! Redha, jaga kesihatan dan jalani kuarantin dengan sebaik-baiknya. Tak perlu panik selagi simptom yang dialami tidak merbahaya. Paling penting kena ada oximeter dan thermometer untuk check suhu badan, spo² dan nadi.

Kisah

Maka...

20hb sampaila 27hb... Bermulalah kami mengurungkan diri. Bila ada anak kecik ni, memang payah nak kuarantin dalam bilik... Kerja dia nak keluar je. Budak kan cepat sembuh. Sehari semalam je Nur Dhia tak sihat... Lepas tu dah cergas balik. Fiza dan Alia pulak amalkan minum air lemon rebus letak bunga cengkih dan madu kelulut. Selain tu jugak, kami amalkan berkumur dengan air garam bagi mengurangkan rasa gatal pada tekak. Alhamdulillah, pada hari ketiga kuarantin, sakit tekak semakin berkurangan. 

Sepanjang kuarantin, kita kena updated status kesihatan kita setiap hari di aplikasi MySejahtera ye. Sekali sebelum jam 12 tengahari dan sebelum jam 6 petang.

Pada 23hb pulak, encik suami start selsema dan sakit tekak. Pagi tu encik suami was-was nak ke sekolah sebab RTK menunjukkan double line tapi samar-samar. Disebabkan tak puas hati, encik suami ke klinik kesihatan untuk buat sweb test untuk dapatkan pengesahan. Rupanya... Dia pun positif jugak. Kena kuarantin sampai 30hb.

So, Nur Ain jelah yang masih negatif. Jadi, sepanjang masa kami yang positif pakai mask dan menjauhkan diri dari Nur Ain.

Part memasak, Fiza tawakal je. Walaupun positif tetap jugak masak. Fiza masak guna mask dan sarung tangan plastik. Yelah! Sian pulak dengan Nur Ain. Kan?

Walaubagaimana pun, pada 24hb Nur Ain start demam. Suhu tinggi sampai 38.3°C. Fiza monitor suhu dan on paracetamol 3 kali sehari. Alhamdulillah, dia demam sehari semalam jugak. The next day... Dah ok dah. Bila check RTK, negatif pulak. Tak puas hati semalam check lagi, still negatif. Simptom kami tak kuat kot. Tu yang negatif. Hurmm... Macam-macam kan.

Namun, Fiza bersyukur... Kami tidak mengalami gejala yang teruk. Alhamdulillah, semalam status MySejahtera Fiza dah kembali biru. Tapi, takdelah nak keluar rumah. Biarlah semua dah habis kuarantin dulu, baru fikir nak jalan-jalan. Hehe...

Pada korang yang positif Covid, jaga diri ye. Thinks positive. Jangan panik. Monitor kesihatan elok-elok. Pada yang belum ambik vaksin, better pergi ambik. Kita kena percaya pada yang pakar... Demi kesihatan diri dan orang sekeliling. Bila dah Dijangkiti tu, tak perlula nak salahkan siapa-siapa. Apa pun punca kita terkena jangkitan, percayalah pada Allah... Mungkin itu ujian Allah kepada kita untuk melihat sejauh mana hubungan kita dengan orang sekeliling. Ye! Tak dinafikan ada orang yang bergaduh gara-gara terkena jangkitan Covid okeh. Benda ni pernah berlaku di kampung Fiza. Tapi tak perlula Fiza nak cerita di sini. Kan?

Apa-apa pun, terima kasih pada yang sudi singgah di sini. Rindu pulak nak blogwalking.