Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Dua hari lepas, Fiza sempat cuba permainan online Katapat ni. Fiza tahu mengenai games ni pun melalui Atiqah Najihah.
Rupanya, game ni ramai yang dah main. Ia adalah permainan baru dan dah pun viral di Twitter sejak dari tahun lepas lagi . Try la taip #katapat #bijak, kita akan lihat ramai pengguna akaun Twitter yang turut berkongsi tentang result Katapat mereka.
Sebenarnya, permainan Katapat ni versi Bahasa Melayu... Yang asalnya adalah dalam English, iaitu Wordle. Fiza dah try yang English version.
Fuh! First word pun dah salah, kemudian sampai ke petak terakhir pun tak boleh nak teka... Haha... Jadi, malaslah nak teruskan. Malas nak peningkan kepala. Nak main games yang simple je. Tak nak yang complicated sangat.
So, Fiza cuba main Katapat je la. Actually, ianya berasal dari permainan Wordle yang dicipta oleh Josh Wardle untuk pasangannya yang sukakan genre 'puzzle' atau teka silang kata.Menurut The Guardian, pada November 2021 lepas cuma 90 orang sahaja yang main game Wordle. Kini, Wordle dimainkan secara meluas di seluruh dunia.
Kemudian, permainan Wordle turut mempunyai klon dalam versi Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Katapat. Katapat adalah gabungan daripada dua perkataan kata dan tepat. Ianya dibangunkan oleh 'programmer' asal Malaysia, Eugene Low.
Katapat mula diperkenalkan pada 22 Januari 2022 dan berjaya memperoleh lebih 2,500 pengguna dalam masa tiga hari.
Jadi! Di sini Fiza nak tunjukkan jugak cara bagaimana nak main permainan Katapat ni.
Sama seperti permainan Wordle asal, Katapat turut menyediakan enam kotak percubaan kepada pengguna untuk meneka perkataan yang hanya dieja dengan menggunakan lima huruf.
Setiap tekaan mestilah dieja dengan menggunakan perkataan Bahasa Malaysia yang sah, dan jika huruf yang digunakan tiada dalam kotak perkataan itu, huruf berkenaan akan menjadi warna kelabu.
Bagi penggunaan huruf yang tepat pula akan bertukar menjadi warna hijau. Manakala huruf yang berubah ke warna kuning memberi maksud ianya ada dalam perkataan itu, namun berada dalam kedudukan yang salah.
So far, hari pertama Fiza cuba semalam... Fiza berjaya teka perkataan tersebut dengan hanya 2 kali percubaan. Fiza teka perkataan HELAH. HELA dah betul dah. H terakhir tu takde dalam petak perkataan tersebut. So, percubaan kedua Fiza teka HELAI. H tu Fiza tukar I. Ternyata perkataannya betul.
Tapi, nak ulang main lagi kena tunggu hari berikutnya ya.
Hari kedua main, iaitu hari ni. Fiza try tukar dengan mode sukar pulak. Fiza teka sampai 4 kali percubaan, baru betul. Biasalah, nama pun main teka-teka. Kan?
Tapi, bila dapat teka awal tu memang la seronok. Setakat ni paling terbaik pencapaian Fiza pun sampai dua kali percubaan je. Alangkah bagusnya sekali teka terus betul. 😂🤣😜
Jika korang nak cuba permainan ni, berikut link'nya : Game Katapat
Nanti boleh kongsikan pengalaman korang.
Seronok ke tak? Try dulu, baru tahu. 😊
6 Comments
menarik.. sambil isi masa sambil tambah vocab
ReplyDeleteSetuju sangat. Cuma tu la, sehari sekali je boleh main.
Deletecam best je owwh, ada pernah main tapi nok versi omputih, siktau ada BM
ReplyDeleteAuk, nya banyak version dah kinek. Katapat tok kira terbarulah klon nya. Mun dapat nekak yalah best. Alu syukk main. 😂
DeleteAkak pun terjebak sekali main katapat hahahaha
ReplyDeleteTu la pasal. Dah berapa hari ni dah main. 😂😊
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.