Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Semalam encik suami belikan roti Munchy's 7 Days Croissant perisa jagung. Sebungkus dijual dengan harga RM1.30. Boleh didapati di mana-mana kedai ataupun cawangan 7e yang berdekatan. Lagi mudah, kalau tak nak keluar boleh shopping secara online di Shopee. Setakat ni Fiza nampak ada 5 perisa yang dah available.

Roti sedap

Pada Fiza, roti ni sesuai sangat dijadikan penyelamat bila kau tak sempat nak sediakan sarapan. Boleh letak dalam beg. Dulu, masa masih study Fiza selalu standby roti macam ni dalam beg. At least bila lapar, boleh buat alas perut. 

Sedap Dan Lembut

Alhamdulillah, semalam masa minum petang Fiza sempat makan sebungkus. So far, tekstur rotinya agak lembut. Inti jagungnya pun just nice. Sedap! Then, rasa pun takdelah manis sangat. 

Produk

Nak Repeat Beli Tak?

In Shaa Allah, nanti bolehlah repeat beli.  Kita beli perisa lain pulak. Kan? Setakat ni perisa yang ada cocoa, vanilla, strawberi, butter dan corn. Korang dah rasa belum roti ni?

Kesimpulannya

Roti ni sangat sedap. Lembut. Harga pun murah, setimpal dengan rotinya. Sangat berbaloi untuk dibeli.

That it's, sedikit reviews tentang Munchy's 7 Days Croissant inti Jagung dari Fiza. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca.

Have a nice day!