Assalamualaikum,
selamat Petang.

Blogpost kali ini, Fiza nak kongsikan tentang tanda-tanda mengandung yang akan muncul di awal kehamilan berdasarkan pengalaman sendiri.

Tanda-tanda ini akan mula dirasai seawal minggu pertama dan kedua kehamilan. Tapi, untuk anak pertama mungkin kita tak perasan pun ianya berlaku. Kan? betul tak?

Info
Sumber dari pexels.com

Jadi, apa kata kita lihat satu persatu tandanya. Pada yang pernah mengalaminya, bolehla bagi komen di ruangan komentar. Mana tahu, apa yang kita alami tak sama. Sama-sama kita kongsikan ilmu dan pengalaman yeah.

Okeh! Jom kita check...

1. Lambat Datang Haid

Benda pertama yang kita kena kenalpasti, nak tahu hamil ke tak adalah berkaitan dengan datang bulan. Macam Fiza sendiri, Fiza sejenis haid normal di mana setiap bulan Fiza akan melalui fasa datang bulan yang konsisten.

Jadi, setiap kali datang haid Fiza akan catat tarikh bila start, bila habis. Jadi senang nanti nak kira due date bersalin jika betul-betul mengandung. Yelah! nanti bila daftar buku pink, perkara paling penting nurse akan tanya ialah... Bila tarikh hari pertama last period kita.

Info
Sumber dari pexels.com

Sekiranya dah terlewat seminggu dari tarikh haid, Fiza biasanya akan buat Urine Pregnancy Test (UPT) sendiri di rumah. Waktu terbaik untuk buat UPT adalah pada awal pagi, selepas bangun dari tidur. Ini kerana hormon hCG berada dalam jumlah yang tinggi pada waktu tersebut. Tu doktor yang kata ye. Hehe...

Selalunya, kalau buat UPT dalam masa seminggu selepas tarikh sepatutnya datang haid, UPT akan kelihatan samar-samar. Tu result yang Fiza dapatlah yea. Kemudian, Fiza akan ulang buat UPT pada minggu ketiga. In Shaa Allah, masa tu keputusannya dah jelas dah.

Bila dah nampak result samar-samar tu, kalau nak cepat dapatkan kepastian bolehla buat pemeriksaan di klinik. Macam Fiza, Fiza akan buat pemeriksaan di klinik selepas 4 minggu. Senang, sebab masa tu keputusan UPT dah clear. So, tak perlula nak selalu sangat ke hospital. Sekiranya terlalu awal, dikhuwatiri keputusannya tak jelas. 

2. Kerap Keluar Masuk Tandas

Kemudian, tanda yang kedua pulak. Selalu rasa macam nak kencing, padahal air kencing tak banyak mana pun. Mungkin bagi yang banyak minum air tak perasan kot dengan tanda ni.

Tapi, kalau Fiza memang ketarala perubahannya. Al-maklumlah kekadang Fiza ada masa memang kurang minum air kosong jugak. 4 kali mengandung, 4 kali juga mengalami perubahan yang sama. 

Sebenarnya...

Menurut laman hellodoktor, ianya berlaku adalah disebabkan oleh peningkatan pada isipadu darah di dalam badan kita yang akhirnya akan menyebabkan buah pinggang kita menapis lebih banyak air. That why, kita akan kerap kencing.

3. Perut Mengeras Seperti Masuk Angin

Selain keluar masuk tandas, tanda lain yang akan muncul adalah seperti perut asyik mengeras, berangin. Padahal, masa makan tak pernah skip.

Jangan risau, ia adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku. Kesannya akan menyebabkan sistem penghadaman kita menjadi perlahan lalu penyebabkan kembung perut berlaku.

4. Pendarahan Ringan

Fiza jugak pernah mengalami pendarahan ringan (tompok-tompok darah) pada minggu sepatutnya period. Kali pertama Fiza mengalaminya adalah sewaktu mengandungkan anak kedua kami. Period pun dalam masa sehari je. keluar darah setompok sebesar duit syiling 50 sen, lepas tu dah takde dah. 

Info
Sumber dari pexels.com

Mulanya, Fiza ingatkan tak pregnant. Maybe, disebabkan kepenatan kot sebab masa tu Fiza masih lagi bekerja. That why, darah tak keluar banyak. Tu jela yang Fiza fikirkan pada masa tu.

Bila dah seminggu dua berlalu, barulah macam-macam Fiza rasa. Rupanya, keluar darah sikit jugak merupakan salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan. Nasib baik la tak aktif sangat buat aktiviti outdoor masa tu. Kena take noted! yeah. 

Sebab...

Dikatakan apabila persenyawaan telah berjaya, janin akan dibenamkan ke dalam dinding rahim bagi mendapatkan nutrien sepanjang tempoh kehamilan. Proses tersebut akan menyebabkan pendarahan ringan yang sering kali disertakan dengan simptom kejang perut.

Walaubagaimana pun, tak semua orang akan mengalaminya. Fiza sendiri pun cuma mengalaminya semasa mengandung kali kedua. Mengandung anak pertama, ketiga dan keempat takde pulak.

5. Lesu Dan Mudah Mengantuk

Kemudian, kita juga akan mengalami kelesuan di awal kehamilan. Pendek kata, asyik nak tidur je keje.

6. Payudara Membesar Dan Terasa Sakit

Ok! tanda keenam ni untuk first pregnancy, memang tak perasan. Tapi, macam Fiza memang akan alert dengan perubahan badan. If kita hamil, kita akan mulai rasa sakit di bahagian payudara. Pendek kata, kita akan rasa tak selesa. Munculnya rasa sakit ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah hormon progesteron serta estrogen dalam badan ibu hamil.

7. Emosi Tidak Menentu

Dalam tempoh masa seminggu kehamilan juga, kita akan merasa sangat sensitif. Cepat sedih dan marah. Orang di sekeliling sepatutnya memahami kerana ia adalah perkara yang sukar dielakkan dek kerana berlakunya peningkatan hormon secara drastik.

Perubahan asing tubuh, kesakitan di sana-sini juga menjadi penyumbang kepada perubahan emosi wanita yang sedang hamil. 

Kesimpulan

Itu antara 7 tanda yang Fiza pernah alami dalam minggu pertama atau kedua kehamilan. Pada Fiza, jika merasakan diri hamil... Sebaiknya segeralah berjumpa dengan doktor. Macam Fiza, dulu first baby... Minggu kedua dah ke klinik buat pemeriksaan sebab tak ada pengalaman kan. Takut jugak kena marah dengan nurse atau doktor. Tapi, bila dah mengandung anak kedua... Selepas 4 minggu baru Fiza daftar buku pink, sebab ada klinik dorang tak nak bukak buku pink terlalu awal. 

Semoga apa yang Fiza kongsikan kali ini, akan memberi manfaat buat mereka yang bakal bergelar ibu. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin... In Shaa Allah, next blogpost Fiza akan kongsikan pulak tanda-tanda kehamilan pada trimester pertama atau 3 bulan pertama kehamilan. Jumpa lagi di next blogpost yeah!

Terima kasih kerana sudi baca.