Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Just nak updated drama terbaru di RTM TV1. Nantikan drama berjudul Aku Pilih Bahagia yang mulai bersiaran hari ini di TV1, jam 3 hingga 4 petang setiap hari. Ia merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari novel 'Aku Pilih Bahagia' karya Umie Nadzimah. Menampilkan lakonan Emma Maembong, Alvin Chong dan Fizz Fairuz. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Bade Hj Azmi ini juga akan bersiaran selama 30 episod.

Drama TV1
Sumber dari Facebook

Antara barisan pelakon dan watak yang mereka pegang dalam drama ni adalah seperti berikut :-

WATAK PELAKON 

Emma Maembong sebagai Dhiya
Fizz Fairuz sebagai Aidan
Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy
Bella Dally sebagai Humaira
Nadya Syahera sebagai Arneesa
Meor Mohd sebagai Farhan

SINOPSIS AKU PILIH BAHAGIA

Drama ini mengisahkan tentang Dhiya. Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

*****************

Dulu Emma Maembong pernah digandingkan bersama dengan Alvin Chong dalam drama Awak Suka Saya Tak? Masa tu Fiza suka sangat tengok drama dorang. Sangat serasi bila digandingkan bersama. Maybe drama ni jugak boleh jadi trending. Siapa tahu kan. Lagipun dorang memang berkawan baik di luar set.

Apa-apa pun, selamat menonton buat semua. Nantikan kemunculan drama ni petang nanti jam 3 petang, Setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Semestinya di slot widuri TV1.

Have a nice day. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.

#DramaTV1
#AkuPilihBahagia