Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Dua hari lepas, Fiza dapat komen dari anonymous yang bertanyakan soalan tentang apakah warna yang sesuai untuk dipadankan dengan warna aqua marine.

Informasi

Berdasarkan sumber yang Fiza dapat dari Pinterest, warna aqua marine sepertinya satu warna campuran biru muda dan hijau muda, yang membuatnya kelihatan menjadi terang dan unik. 

Orang-orang yang mengenakan warna ini biasanya selalu menarik perhatian, kerana warna ini jarang menjadi pilihan umum jika hendak dibandingkan dengan warna lain seperti biru, hijau, merah, hitam, maupun putih. Pendek kata, tak ramai yang gemar akan warna aqua marine sebenarnya.

Antara warna yang paling banyak sekali disesuaikan dengan warna aqua marine adalah seperti hitam dan putih semestinya, sebab dua warna ini takde masalah pun untuk dipadankan dengan mana-mana warna. Tu pilihan warna paling senangla kiranya.

Info

Kemudian, berdasarkan gambar di atas pun, terdapat dua warna lain seperti seaglass dan blush jugak sesuai untuk dipadankan dengan warna aqua marine. Tu cadangan warna yang terdapat di Pinterest.

Info

Nak lagi nampak berani, warna aqua marine jugak boleh dipadankan dengan warna kuning, orange, biru dan jugak merah jambu. Ramai pereka fesyen menggunakan warna-warna tersebut untuk dipadankan dengan warna aqua marine. Ternyata nampak elegant. Kan?

Kemudian...

Try Google blouse aqua marine, anda akan nampak banyak warna-warna cadangan untuk dipadankan dengan warna aqua marine. Apa kata, gunakan idea warna-warna tersebut untuk kita padankan dengan warna baju kurung aqua marine yang kita pilih. Actually, lebih kurang sama je sebenarnya. Apa yang penting, kena yakin untuk menggayakannya. 

Tu pandangan Fizalah ye. Fiza harap apa yang Fiza kongsikan ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mendapatkan idea bagi pemilihan warna tudung, selendang atau apa sahaja aksesori untuk dipadankan dengan warna baju kurung plain aqua marine yang telah anda pilih. Okeh! ✌️

Sumber : https://f-rules.com/colors-that-go-with-aquamarine/