Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Baru-baru ni, Fiza ternampak ramai rakan-rakan FB mencari aiskrim Nescafe Gold perisa cappuccino. Ramai yang bagi feedback mengatakan aiskrim ni sedap.

Dahla sekarang musim panas, Sah-sahla teringin jugak nak merasa kalau dah hari-hari nampak orang share di media sosial. Benda viral, jangan berharap sangatla nak dapat. Tapi, selagi tak beli selagi tula asyik terfikir. Kan?

Aiskrim terbaru

Nak dijadikan cerita...

Masa encik suami ke kedai runcit last weeks Fiza pesan la kat dia supaya belikan aiskrim ni. Tapi takdela nak berharap sangat, sebabnya ramai jugak budak-budak kampung Fiza up status di FB, tanya... Mana nak dapatkan aiskrim ni. Kiranya, Fiza mencuba nasib jela. Tak dapat, takpe la kan.

Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream Ada Dijual Di Kedai Runcit Tak?

Alhamdulillah, rezeki Fiza dan anak-anak. Akhirnya misi nak merasa aiskrim Nescafe Gold Cappuccino tercapai jugak. Encik suami beli di Indai Mart. Kedai runcit biasa je. Sebatang dijual dengan harga RM4.50. Encik suami beli 4 batang. Jadi, jumlah kesemuanya adalah RM18. Sesekali belanja anak-anak makan aiskrim takpela jugak kan. Plus, boleh jadi bahan untuk Fiza update blog. 🤭

So far, dari segi harga... Standard la harga aiskrim zaman sekarang. Range harga dalam RM4 ke RM6.50 sebatang. Paling mahal setakat ni yang Fiza pernah beli, aiskrim musang king la. RM6.50 sebatang. So abaikan jela harga tu ye. Sekali sekala bolehla layan. Tapi, kalau sedap... Berbaloi la jugak beli. Betul tak?

Produk viral

Dari segi rasa pulak. Alhamdulillah sedap! Cuma agak manis la bagi Fiza. Tapi, kena akur dengan fakta. Jarang la jumpa aiskrim yang tak manis, melainkan buat aiskrim sendiri. Bolehla adjust tahap manis tu ikut anak tekak kita. Hehe...

Disebabkan encik suami memang minum Nescafe Gold dan Fiza selalu jugak minum. So, memang sukala akan rasanya... Di mana, Ianya terdiri daripada salutan kopi lembut Nescafe Gold di lapisan luar, then gabungan kopi berkrim dan aiskrim vanilla di bahagian dalam. Pergh! Gabungan yang mantap. Serius, sedap. 

Kalau rasa manisnya dapat dikurangkan, memang menjadi kesukaan sangatlah aiskrim Nescafe Gold Cappuccino ni. Tu pada pandangan Fiza lah ye. Al-maklumlah, lain orang lain citarasa. 

Puas hatila. So, Fiza punya reviews...

Packaging : 1
Harga : ½
Rasa : ½
Saiz : 1
Kemanisan : ½

Jadi, Fiza bagi 3½ out of 5. In Shaa Allah, boleh repeat beli kalau teringin. Hehe...

#aiskrimviral
#nescafegoldcappuccinoicecream